WAN SAIFUL BANGSATKAN PTPTN, KATA ADAM ADLI
Berita Pendidikan Tinggi Malaysia
Aktivis sosial dan pendidikan anggap Wan Saiful Wan Jan gagal laksana tugas dengan baik di PTPTN
Aktivis sosial dan pendidikan anggap Wan Saiful Wan Jan gagal laksana tugas dengan baik di PTPTN
![]() |
| Wan Saiful Wan Jan (kiri) dan Adam Adli Abd Halim |
PENGERUSI Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan dianggap gagal melaksana tanggungjawab di agensi tersebut mengikut aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), walaupun sudah hampir setahun memegang jawatan itu.
Aktivis sosial dan pendidikan Adam Adli Abd Halim berkata, perkara itu jelas apabila Wan Saiful sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan.
"Dia ingat dia lagi besar dari kerajaan.
"Dia ingat dia lagi besar dari kerajaan.
"Asyik bagi alasan yang menjengkelkan dengan kata nak bincang.
"Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat di negara ini," katanya memetik laporan Malaysiakini semalam, Jumaat 17 Mei 2019.
Tegas beliau, pembiayaan pendidikan bukan seperti pinjaman komersial dan PTPTN sendiri ditubuhkan untuk meningkatkan pendidikan rakyat, bukannya sebagai lubuk untuk meraih keuntungan.
"Jangan jadikan PTPTN itu sama macam syarikat korporat kewangan lain. Jangan mengambil kesempatan atas peminjam yang tiada pilihan," kata Adam Adli.
oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments
Post a Comment