PARTI POLITIK UNTUK JOHOR SAHAJA, MENURUT LAPORAN

Berita Politik Malaysia Bahasa Melayu
Sebuah parti politik untuk negeri Johor sahaja sedang dirancang pembentukan, menurut satu laporan


SEBUAH parti politik khas untuk negeri Johor sahaja sedang dalam kajian dan rancangan pembentukannya, bertujuan memastikan tiada gangguan dari pihak luar, termasuk kerajaan persekutuan, demikian menurut satu laporan berita.

Parti untuk orang Johor

Berdasarkan sumber, The Malaysian Insight melaporkan parti tersebut akan dikenali sebagai Parti Bangsa Johor dan cadangan penubuhannya timbul hasil dari beberapa perbincangan melibatkan para politikus dan pergerakan-pergerakan masyarakat di negeri itu.


Kaji mengapa orang ramai tidak lagi menyokong raja

Perbincangan ditumpukan kepada persoalan mengapa orang ramai tidak lagi menyokong raja. Dari situ, bermulanya cadangan penubuhan parti tersebut, bagi memperlihatkan rakyat masih menyokong raja, kata sumber yang hadir dalam beberapa mesyuarat berkenaan.

Tidak mahu orang luar masuk campur hal Johor, termasuk PM

Menurut sumber itu lagi, campur tangan dari pihak luar berkaitan hal-hal dalam negeri Johor, termasuk  dari perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, serta beberapa tindakan dan kenyataan dari istana Johor yang dipertikaikan dengan teruk sekali di media sosial, telah menimbulkan keresahan dan perhatian serius di kalangan "orang Johor".

Bagaimanapun, sumber tersebut mengakui parti politik semata-mata untuk negeri Johor tidak akan mendapat sambutan, apatah lagi tujuannya hanya untuk menentang Dr Mahathir, satu-satunya pemimpin yang berani mempersoalkan secara terbuka tindak-tanduk raja-raja apabila beliau melihat keperluan berbuat demikian.

Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia

Keberanian Dr Mahathir mempersoal raja secara terbuka mendapat sokongan rakyat

Tambahan pula, keberanian perdana menteri itu mendapat sokongan majoriti rakyat. 

Anwar Ibrahim "menikus" dengan raja

Malah, bakal perdana menteri Anwar Ibrahim sendiri dilihat "menikus" dengan raja, menurut seorang penganalisis yang enggan namanya disebut.

Hubungan kurang mesra antara Dr Mahathir dan istana Johor bukanlah perkara baru, sudah berlaku sejak berdekad yang lalu. 

Ianya timbul semula akhir-akhir ini melalui beberapa isu seperti istana Johor tidak menyokong Mahathir, tetapi memihak kepada Najib sebelum PRU14. Keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018 yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Harapan dan menyaksikan kekalahan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak, khususnya di negeri Johor sendiri membuktikan pendirian istana Johor tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Isu Statut Rome terus membelenggu perbezaan antara Putrajaya dan istana Johor. Walaupun Dr Mahathir kelihatan mengalah dengan menarik balik dari meratifikasi statut itu, perdana menteri sempat mengeluarkan kata-kata keras yang dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Tunku Ismail Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor

Pada Ahad 28 April 2019, Dr Mahathir berkata hanya rakyat yang boleh menggantikan beliau, selepas TMJ difilemkan berkata dalam video perdana menteri perlu ditukar.

Isu tanah di Bukit Chagar menjadi hak milik Sultan

Dan yang terbaru, timbul isu tanah kerajaan persekutuan seluas 4.5 hektar di Bukit Chagar, Johor Bahru yang sudah bertukar menjadi hak milik Sultan Johor.

Kerajaan mungkin terpaksa bayar pampasan kepada Sultan Johor sebanyak RM693 juta

Perkembangan ini menimbulkan masalah pertambahan kos untuk projek Sistem Aliran Transit Johor-Singapura (RTS) di mana kerajaan persekutuan perlu membayar pampasan sebanyak RM495 juta kepada Sultan Johor untuk menggunakan tanah tersebut. Ini tidak termasuk satu lagi tanah bawah dasar laut yang memerlukan kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM198 juta. Jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Sultan Johor dianggarkan berjumlah RM693 juta.

Tanah tersebut adalah sebahagian dari lima bidang tanah di Bukit Chagar yang diberikan kepada Putrajaya oleh kerajaan negeri pada 2012 sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tanah untk membina kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Semalam, Jumaat 3 Mei 2019, Dr Mahathir berkata kerajaan akan membeli semula tanah itu jika Sultan Johor telah membayarnya. Bagaimanapun, kata Dr Mahathir  lagi, kerajaan tidak akan membuat pembayaran sekiranya Sultan Johor tidak membayar untuk pemilikan tanah itu.

Sultan Johor sedia serahkan tanah 4.5 hektar tanpa sebarang kos

Hari ini, Sabtu 4 Mei 2019, setiausaha sulit Sultan Johor tampil memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu dan baginda bersedia menyerahkan tanah berkenaan tanpa sebarang kos.




oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafìyah Hussain



Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?