SEPARUH WARGANEGARA MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG RM2,000 SEBULAN

Malaysia, negara berbilang kaum
(kompilasi foto Zafiyah Hussain)

(Versi Bahasa Malaysia)

KEBENARAN kadangkala terlalu pahit, namun itulah hakikat yang mesti ditelan. Telah didedahkan bahawa sekurang-kurangnya 50% dari warganegara Malaysia yang bekerja memperolehi pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan.

Kesimpulan ini dibuat The Edge Markets dalam sebuah artikel baru-baru ini, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Statistik Negara dalam laporan gaji dan upah 2016.

Pendapatan median menjadi hanya RM1,703 setelah mengambil kira keseluruhan pendapatan pekerja

Dari RM1,500 dalam tahun 2010, titik tengah pendapatan pekerja (pendapatan median) telah meningkat 29.4% dalam tempoh enam tahun menjadi RM2,000 pada 2016. Dari 10.16 juta pekerja, 82.9% adalah warganegara Malaysia.

Sebagai perbandingan, pendapatan median bukan warganegara adalah RM1,200 sebulan. Apabila kedua segmen pendapatan ini digabungkan, pendapatan median keseluruhan pekerja adalah hanya RM1,703 sahaja.

Pekerja Malaysia dari etnik Cina memperolehi pendapatan median tertinggi

Mengikut etnik, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan jumlah tertinggi pekerja iaitu 54.5% menduduki tempat kedua pendapatan  median tertinggi iaitu RM1,931 berbanding kaum Cina 20.9% dengan pendapatan median RM2,350. Kaum India pula yang mewakili 6.9% pekerja pendapatan mediannya RM1,790.

Pendapatan median mengikut jantina, pekerja lelaki memperolehi pendapatan sedikit lebih tinggi dari wanita.

Sebenarnya, pendapatan majoriti wanita adalah lebih tinggi dari lelaki. Dengan mewakili 37.1% pendapatan median sudah mencecah RM1,685 berbanding lelaki yang mewakili hampir sekali ganda jumlah pekerja berpendapatan median RM1,721 sahaja.

Majoriti pekerja adalah di kawasan bandar, maka jumlah pendapatan yang lebih tinggi tidak memeranjatkan.

Pendapatan median di kawasan luar bandar yang rendah mencerminkan kos hidup yang lebih rendah berbanding di kawasan bandar. Ianya juga memperlihatkan peluang pekerjaan yang lebih besar di kawasan bandar yang biasanya merangkumi kawasan industri.

Sepetti dijangka, tahap pendidikan tertiari mewakili 32% pendapatan median berjumlah RM3,274 berbanding lulusan sekolah menengah RM1,600 yang mewakili 54% pekerja.

Pendapatan median tahap pendidikan tertiari dijangka melalui trend penurunan ketara mengambil kira lebih 70,000 siswazah menganggur yang akan menerima apa sahaja pekerjaan dengan gaji yang rendah. Jumlah siswazah menganggur juga dijangka bertambah sekurang-kurangnya dua tahun ke hadapan.

Pendapatan median mengikut jenis pekerjaan

Bagi pecahan mengikut jenis pekerjaan, peringkat pengurusan dan profesional memperolehi pendapatan median yang jauh lebih tinggi berbanding peringkat teknikal dan ke bawah.

Jenis pekerjaan terbahagì kepada 9 kumpulan; pengurusan (mewakili 3% pekerja), profesional (16%), pekerjaan teknikal (13%), sokongan perkeranian (11%), pertukangan dan perniagaan berkaitan (9%), tapak dan operator mesin (14%), pertanian berkemahiran, perhutanan, ternakan, perikanan, nelayan dan perìķanan (1%), jualan dan perkhidmatan (18%) dan pekerjaan- pekerjaan lain (14%).

Pendapatan median mengikut negeri dan wilayah persekutuan

Putrajaya mencatitķan pendapatan median tertinggi (RM3,250) kedua Kuala Lumpur (RM2,500) dan di tempat ketiga adalah negeri Selangor (RM2,362). Kelantan merupakan negeri pendapatan median terendah (RM1,200).

Sabah dan  Sarawak pula masing-masing RM1,240 dan RM1,350.

Najib Abdul Razak,
mantan perdana menteri & menteri kewangan

Dari rujukan berasingan, Statista.com merekodkan keadaan ekonomi dan kadar inflasi di Malaysia adalah stabil.  KDNK meningkat kepada USD326.93 billion dalam tahun 2013.

Berdasarkan perkiraan kenaikan harga barang dari tahun sebelumnya, turutan kadar inflasi adalah seperti berikut:

2010    2%
2011    3%
2012    2%
2013    2.11%
2014    3.14%
2015    2.1%
2016    2.08%
2017    3.8%

Mahathir Mohamad, perdana menteri

Kadar inflasi terkumpul dalam tempoh 7 tahun dari 2010 ke 2016 adalah 16.43% berbanding pertambahan pendapatan median pada kadar 29.4% dalam tempoh sama. Dalam tahun 2017 kadar inflasi 3.8%, membawa jumlah kadar 20.23% untuk tempoh 2010-2017.

Kadar inflasi terkumpul mungkin lebih tinggi jika dikira mengikut kenaikan dari harga asas, bukan tahun sebelumnya.

Lim Guan Eng, menteri kewangan

Sekurang-kurangnya, kenaikan pendapatan median lebih tinggi 12.97% berbanding kenaikan kadar inflasi 2010-2016. Ianya meninggalkan kita dengan satu soalan. Adakah taraf hidup pekerja berpendapatan kurang RM2,000 sebulan sudah cukup baik?



Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hak Cipta Fauzi Kadir 2018

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 Whatsapp
E-mel permadu@gmail.com

Semua illustrasi dan gambar dari
kompilasi Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?