Pencerahan Peguam Kepada Berita Harian Mengenai Tahanan Di Rumah
Tahanan rumah tak bermaksud boleh tinggal dengan pasangan, bebas jalani kehidupan Najib hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pengampunan bersyarat dan menjalani tahanan rumah jika membayar denda RM50 juta Gambar fail AFP, gambar atas sekali. Individu yang menjalani tahanan di rumah masih tertakluk kepada peraturan dan pengasingan seperti di penjara. Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata individu yang menjalani tahanan penjara di rumah tidak dibenar tinggal bersama pasangan atau ahli keluarga yang lain. "Berlaku salah faham terutama dalam kalangan orang ramai yang berpendapat tahanan penjara di rumah bebas menikmati dan menjalani kehidupan seperti orang biasa. "Pasangan mahupun ahli keluarga yang tidak didakwa atau disabitkan, bukanlah orang yang bersalah dan mereka tidak boleh ditahan atau tinggal bersama banduan. "Oleh itu, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan tinggal bersama Datin Seri Rosmah Mansor di rumah mereka sekarang adalah tidak benar...