Tabung Haji Rugi Hampir RM13 Bilion Sama Sekali Bukan Kerana Kejatuhan Pasaran Saham

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menggulung bahas Sidang Khas Dewan Rakyat berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji di Bangunan Parlimen, semalam. Gambar BERNAMA

Agensi berita rasmi Malaysia BERNAMA hari ini melaporkan dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham adalah tohmahan semata-mata kerana pasaran saham berada pada tahap kukuh dan mencapai paras tertinggi pada 2018, dengan kejatuhan saham pada tahun itu hanya sekitar enam peratus.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata nilai pegangan saham TH pada masa itu menyusut ketara berbanding prestasi pasaran saham.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, perubahan dalam pengurusan dan Lembaga Pengarah TH telah banyak membantu memperketat kawalan serta memperbaiki tadbir urus institusi berkenaan.

Melihat kepada pencapaian TH selepas 2018 apabila institusi itu terpaksa membuat susut nilai sebanyak RM2.6 bilion terhadap pegangan yang masih dimilikinya, katanya TH masih berupaya memberi hibah dengan jumlah yang meningkat pada setiap tahun.

"Ini contoh yang telah dibuat kerana perubahan yang telah diadakan dalam Tabung Haji," katanya.

Amir Hamzah berkata, beliau turut mengambil maklum mengenai cadangan RCI supaya pengisytiharan hibah hanya dibuat selepas penyata kewangan diaudit, berbanding sebelum ini yang dibuat secara pro forma.

"Oleh itu, sebarang kebimbangan mengenai isu yang berlaku sebelum ini telah ditangani melalui penambahbaikan yang dilaksanakan sekarang," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT