Selepas Tabung Haji, Agong Arah Siasat Felda

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus membongkar isu-isu berkaitan Felda sebaik sahaja selesai meneliti penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), lapor Malaysiakini.

Bercakap di Melaka semalam, Presiden PKR itu menjelaskan isu tersebut mendapat perhatian dan penekanan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam pertemuan beliau dengan baginda baru-baru ini.

Tambah Anwar, Sultan Ibrahim memang mahu siasatan terhadap isu-isu berkaitan institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH saja.

“Agong pada minggu lalu maklum kepada saya, ‘Perdana menteri, jangan berakhir dengan TH sahaja, teruskan.

“Agong (juga) tanya siapa jaga Felda sekarang. Saya jawab, saya. Maka (titah baginda) ‘selesai Tabung Haji, bongkar Felda (pula),” katanya.

Anwar yang juga perdana menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.

Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau mengambil harta rakyat.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan segera terhadap pihak yang terbabit dalam penyelewengan.

“Arahan (yang diberikan ialah), ambil tindakan sepantas mungkin,” katanya.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu memaklumkan kepada saya: ‘Perdana menteri, jangan berakhir dengan Tabung Haji sahaja, teruskan.’

Memang mahu dedah awal

Mengulas polemik berhubung pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, Anwar berkata isu berkenaan berlaku sebelum dia menjadi perdana menteri lagi.

Bahkan apabila laporan itu disiapkan pun, kata Anwar, dia belum menjadi perdana menteri.

“Bukan perkara baru. (Penubuhan) RCI Tabung Haji itu sebelum saya jadi perdana menteri. Laporannya siap (juga) sebelum saya jadi perdana menteri.

“Jadi, salah saya apa? Salah saya (ialah) kenapa tak dedahkan awal.

“Saya nak terangkan, kalau tanya saya, saya akan pilih untuk dedahkan awal,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Anwar, TH memaklumkan ketika itu bahawa pendedahan awal boleh memberi risiko kepada institusi berkenaan.

Mohamed Raus menyerahkan laporan RCI kepada Sultan Ibrahim

Untuk rekod, RCI terkait TH itu diputuskan penubuhannya oleh kabinet pada Julai 2021. Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan perdana menteri ketika itu.

Suruhanjaya itu kemudian mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Pelantikan rasmi anggotanya dibuat pada 20 Januari 2022 ketika pentadbiran Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob, dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif sebagai pengerusi.

Laporan RCI itu disiapkan pada 2022, dengan laporan ditandatangani Raus pada 19 Julai tahun tersebut.

Bagaimanapun, laporan berkenaan hanya didedahkan kepada umum pada 29 Julai 2026 selepas Jemaah Menteri mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkannya.

2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT