Pemimpin Bersatu anggap Musyawarah Nasional 2.0 mengenai Tabung Haji kelirukan orang ramai

Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lebih dikenali sebagai Bersatu, hari ini membuat satu hantaran di media sosial, di mana beliau menyuarakan pandangannya berkaitan pengauditan tiga pihak terhadap institusi keagamaan kendalian kerajaan melibatkan jutaan pendeposit warganegara Malaysia.

Seperti dilapor akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian, Ketua Penerangan parti berkenaan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Musyawarah Nasional 2.0 telah mengelirukan orang ramai berhubung masalah kewangan dan tadbir urus yang berlaku dalam Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, program tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada ia bertujuan menafikan kewujudan masalah yang pernah dikenal pasti Jabatan Audit Negara (JAN), PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Ernst & Young (EY).

"JAN kata Tabung Haji tidak ada masalah, tetapi RCI kata TH ada masalah. Itu bukan gambaran yang tepat. Cerita sebenarnya JAN sendiri menemui masalah dalam Tabung Haji.

"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pula melihat masalah tersebut dari sudut yang lebih luas dan lebih serius. Masalah dalam TH memang wujud," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, Rabu. 26 Ogos 2026.

Sebelum ini bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dilapor berkata, beliau tidak menemui sebarang bukti kecurian dalam TH ketika mengetuai jabatan itu.

Beliau yang berkhidmat dari tahun 2017 hingga 2019 menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 yang dijalankan bersama pasukannya ketika itu adalah berdasarkan piawaian serta bukti audit.

Dalam pada itu Tun Faisal menegaskan, masalah berkaitan TH bukan perkara baharu kerana ia telah dikenal pasti dalam tempoh sekitar 2014 hingga 2020 menerusi beberapa proses audit dan semakan.

Malah menurutnya, dakwaan bahawa hanya RCI yang menemukan masalah dalam TH tidak tepat kerana JAN, PwC dan EY turut mengenal pasti pelbagai isu berkaitan kedudukan kewangan serta pelaburan institusi berkenaan.

Beliau berkata, audit yang dijalankan JAN, PwC dan EY tidak boleh dianggap sebagai audit forensik kerana setiap satu mempunyai skop berbeza.

"JAN menjalankan audit terhadap penyata kewangan rasmi TH, manakala PwC menyemak kedudukan kewangan TH, termasuk perkara yang timbul daripada teguran audit JAN.

"EY bukan auditor penyata kewangan TH, tetapi diberi tugasan lebih khusus antaranya menyemak kewangan pro forma," tegasnya.

Sementara itu Tun Faisal turut mempersoalkan cadangan RCI baharu dan penglibatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), dengan mendakwa langkah berkenaan boleh dijadikan alasan untuk 'membeli masa' atau melengahkan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Beliau turut mendakwa, peranan RCI, PAC, JAN dan audit forensik perlu dibezakan bagi mengelakkan kekeliruan mengenai skop masing-masing.

"Jika masih ada persoalan tentang kemungkinan salah guna wang, transaksi mencurigakan atau fraud, persoalan tersebut tidak semestinya selesai hanya kerana penyata kewangan telah diaudit," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023