Sekumpulan Ahli Parlimen Boikot Dewan Rakyat, Kemudian Lantang Di Media Sosial — Bodoh, Bangang Atau Gila?


Rakyat bayar gaji pembangkang untuk berbahas, bukan lari dari Dewan Rakyat


Sudah-sudahlah terlalu banyak berpolitik, rakyat bosan

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh sebagai berkata pembangkang berhak menggunakan tindakan keluar Dewan sebagai bentuk protes politik, namun tindakan itu perlu disertai akauntabiliti terhadap tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen.

Mazlan berkata, akauntabiliti ahli parlimen tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan rekod kehadiran, sebaliknya turut merangkumi penyertaan dalam pengundian, perbahasan dan jawatankuasa pilihan.

"Prinsipnya mudah, hak untuk membantah mesti dipertahankan, tetapi tanggungjawab untuk hadir, berbahas dan mewakili rakyat juga mesti mempunyai nilai akauntabiliti.

"Wakil rakyat menerima mandat dan saraan daripada wang awam. Maka rakyat berhak mengetahui bukan sahaja bagaimana mereka mengundi, tetapi sejauh mana mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab di Parlimen," katanya kepada portal berkenaan.

Mengulas tindakan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan ketika persidangan khas membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, Mazlan berkata tindakan walkout tidak semestinya melanggar Peraturan Mesyuarat kerana ia boleh menjadi bentuk protes politik.

Namun, katanya, tindakan itu perlu dinilai dari sudut tanggungjawab wakil rakyat, khususnya apabila Dewan sedang membincangkan isu berkepentingan awam.

"Apabila Dewan sedang membincangkan laporan RCI yang menyentuh soal tadbir urus, akauntabiliti dan kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji, ruang terbaik untuk pembangkang sebenarnya ialah berada di dalam Dewan membangkitkan kelemahan laporan, mencabar penjelasan kerajaan, mengemukakan soalan yang sukar dan memastikan pendirian mereka direkodkan dalam Hansard.

"Memang pembangkang mempunyai alasan tersendiri kerana mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan mereka berhak mempersoalkan perkara itu. Tetapi ketidakhadiran Perdana Menteri tidak semestinya menghilangkan fungsi Dewan apabila menteri-menteri yang bertanggungjawab masih hadir," katanya.

Menurut Mazlan, pembangkang bukan sekadar institusi yang membantah kerajaan, malah turut mempunyai tanggungjawab untuk berada dalam Dewan dan menggunakan setiap ruang yang ada untuk mempertanggungjawabkan kerajaan.

"Jadi dari sudut itu, saya melihat peluang untuk melakukan semak dan imbang yang lebih substantif telah terlepas," katanya.

Potong elaun

Mazlan turut mencadangkan rekod kehadiran, pengundian, perbahasan dan penyertaan dalam jawatankuasa diterbitkan secara lebih sistematik supaya mudah dinilai rakyat.

Bagi ketidakhadiran tanpa alasan munasabah, katanya, potongan elaun secara pro rata boleh diperkenalkan, manakala penalti lebih berat hanya dipertimbangkan bagi keculasan berulang dan kronik.

"Namun saya fikir wajar dibincangkan satu reformasi yang menghubungkan sebahagian saraan, faedah atau kelayakan jangka panjang seseorang Ahli Parlimen dengan tahap kehadiran dan pelaksanaan tanggungjawabnya.

"Jika kerajaan dan Parlimen mahu menghubungkan pencen atau faedah persaraan dengan rekod kehadiran, perkara itu perlu dibuat melalui kerangka perundangan yang jelas, telus dan terpakai secara sama rata kepada kerajaan serta pembangkang," katanya.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan tindakan Ahli Parlimen yang keluar Dewan tetapi kemudian membahaskan isu sama di media sosial sebagai sesuatu yang janggal.

"Kalau hujah itu boleh dikemukakan selepas keluar Dewan menerusi Facebook, TikTok atau X, masyarakat tentunya berhak bertanya mengapa hujah yang sama tidak dikemukakan terlebih dahulu di dalam Dewan," katanya.

Pada Selasa (kelmarin), sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika persidangan khas membincangkan RCI Tabung Haji selepas Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan mesyuarat ditangguhkan susulan ketidakhadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang masing-masing dirawat akibat masalah kesihatan.

Persidangan khas itu diadakan bagi mendengar penerangan menteri mengenai Laporan RCI Tabung Haji serta tindakan kerajaan susulan penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Selepas keluar Dewan, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menggunakan media sosial untuk menjelaskan pendirian mereka.

Ketua Pemuda PAS, Encik Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa kerajaan tidak serius mengambil tindakan terhadap isu RCI Tabung Haji kerana sidang khas itu hanya berlangsung dalam bentuk sesi penerangan menteri tanpa usul khusus.

"Tetapi hari ini hanya ada sesi penerangan menteri. Menteri bersyarah beritahu apa yang dia dah buat. Ahli Parlimen tanya, menteri jawab. Habis setakat itu sahaja," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa lalu.

Ahli Parlimen Machang, Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula berkata pembangkang tidak berniat mengelak daripada membahaskan laporan berkenaan, sebaliknya mahu perbahasan dilakukan secara lebih menyeluruh dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pihak sebelum ini membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang lari keluar Dewan Rakyat sebagai memboikot perbahasan berkaitan RCI Tabung Haji itu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT