Ooh.. Azeez Rahim dan Irwan Serigar rupanya

Di Mahkamah Mereka Berkumpul 

1. Hari ini, berita yang banyak disebarkan di media arus perdana dan sosial adalah tiga orang bekas Perdana Menteri hadir di mahkamah sebagai orang kena tuduh. 

2. Mereka adalah Mohd Najib Abdul Razak, Muhyiddin Mohd Yasin dan Ismail Sabri Yaakob. 

3. Menurut laporan, ketiga-tiganya hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk prosiding undang-undang yang berbeza.

4. Berita Harian melaporkan yang Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bagi menjawab saman sivil yang dikemukakan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadapnya dan beberapa defendan lain.

5. Muhyiddin hadir bagi meneruskan perbicaraan atas empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan RM232.5 juta bagi parti Bersatu serta tiga tuduhan pengubahan wang haram RM200 juta. 

6. Ismail Sabri pula didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan gagal mengisytiharkan aset seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau tidak mengaku salah. 

7. Agensi itu menyita kira-kira RM170 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas dianggarkan bernilai RM7 juta yang dikaitkan dengan beliau.

8. Turut hadir di mahkamah hari ini adalah bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah. Mereka ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Putrajaya atas permohonan SPRM bersabit skandal TH.

9. Berita kehadiran mereka serentak di kompleks mahkamah yang sama mengingatkan saya kepada sebuah cerita kanak-kanak yang saya baca semasa bersekolah.

10. Tajuknya "Di Kolam Mereka Berkumpul". Ia mengenai pelbagai jenis haiwan berkumpul di sebuah kolam dalam rimba. 

11. Tetapi tidak seperti tiga orang bekas Perdana Menteri Malaysia itu, haiwan berkenaan berkumpul bukan untuk dibicarakan sebaliknya untuk tujuan yang baik.

12. Mereka berhimpun bagi mencari jalan menyelamatkan tempat tinggal mereka daripada dirosakkan oleh orang kulit putih yang tamak.

13. Carian atas talian mendapati, "Di Kolam Mereka Berkumpul" adalah terjemahan cerita kanak-kanak karya penulis Australia, Mervyn Skipper berjudul "The Meeting-Pool: A Tale of Borneo" tahun 1929. Illustrasinya dilukis oleh R.W Coulter.

14. Petunjuk yang kita boleh ambil daripada cerita rekaan ini adalah, manusia yang tamak bukan saja menyebabkan kerosakan terhadap sesama manusia, tetapi juga kepada haiwan dan alam sekitar.

Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Khamis 27 Ogos 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023