Nurul Izzah kelihatan berputus asa dengan PKR, namun diberi cuti sementara sebagai Timbalan Presiden

Gambar Harian Metro

Media melaporkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini,  Khamis 6 Ogos 2026, memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Puan Nurul Izzah Anwar, selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.


Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah.

"Namun setelah mendengar pandangan saudari Nurul Izzah dan pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada beliau bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.

"MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara," Fahmi dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, MPP juga bersetuju bahawa jawatan Pengarah Pilihanraya PKR digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, berhubung Kongres Nasional 2026, Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR pada 14 Ogos 2026.

"MPP turut meluluskan 3,533 orang anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos 2026 yang telah mendaftar secara dalam talian," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, parti juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus lumus sewaktu dua PRN itu dan merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments