Laungan Solidariti Bera Bergema Di Mahkamah

SOLIDARITI BERA SAMBUT KETIBAAN ISMAIL SABRI DI MAHKAMAH

Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terutama dari UMNO Bahagian Bera, Pahang, telah berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk memberikan sokongan moral susulan pendakwaan yang dihadapi beliau.

Media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri itu didakwa tidak mendedahkan pelbagai asetnya yang bernilai jutaan ringgit, termasuk jongkong emas dan jongkong perak serta syiling emas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Video terbitan KiniTV siaran hari ini.

Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Puan Suzana Husin.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan penyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 7 Februari 2025.

Menurut kertas pertuduhan, Ismail Sabri, 66, telah diberikan notis SPRM pada 10 Januari tahun yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, harta Ismail Sabri yang disenaraikan ialah wang tunai RM14,772,150, serta mata wang asing Singapura (S$6,132,350) AS (AS$1,461,400), Switzerland (CHF3,000,000), Euro (EUR12,164,150), Yen Jepun (JPY363,000,000), pound streling (£50,250), dolar New Zealand (NZ$44,600), dirham UAE (AED34,750,000) dan dolar Australia (A$352,850).

Turut disenaraikan lima ketul jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat 1kg setiap satu selain seketul jongkong perak Petak Suisse Fine Silver seberat 100g dan sekeping syiling emas 999 Fine Gold seberat 5 gram.

Pendakwaan hari ini menjadikan Ismail Sabri sebagai bekas perdana menteri ketiga yang didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM.

Ismail Sabri yang sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Presiden UMNO didakwa melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 7 Februari tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Puan Farah Ezlin Yusop Khan selaku timbalan pendakwa raya, manakala Encik Amer Hamzah Arshad bertindak sebagai peguam Ismail Sabri.

Wujud situasi pelik

Semasa prosiding, Farah Ezlin berkata pertuduhan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin namun mengakui mahkamah memiliki budi bicara mengikut Seksyen 388(1) Kanun Prosedur Jenayah, untuk bertindak sebaliknya.

Justeru Farah mencadangkan Ismail Sabri diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin, serta pasport Ismail diserahkan kepada mahkamah.

Tambah Farah Ezlin, Ismail mempunyai rangkaian antarabangsa yang luas dan penyerahan pasportnya kepada mahkamah dapat memastikan prosiding berjalan lancar.

“Sekiranya pasport tidak diserahkan di mahkamah, keberadaan tertuduh akan sukar untuk kami ikuti dan memastikan bila dia perlu menghadiri prosiding mahkamah apabila diperlukan.

“Oleh itu, kami berpendapat jaminan RM500,000 yang dicadangkan serta syarat tambahan yang dicadangkan adalah munasabah,” katanya.

Amer Hamzah dalam reaksinya pula berkata jumlah jaminan tidak boleh bersifat hukuman dan tidak boleh berlebihan.

Dia juga menekankan bahawa Ismail Sabri sebelum ini menghadapi permohonan pelucutan hak terkait aset yang sama dalam kertas pertuduhan di mahkamah itu.

“Ini mewujudkan situasi yang sangat pelik… Kami akan meneliti pertuduhan ini dengan cermat, dan berhak untuk mencabar pertuduhan tersebut,” katanya.

Amer Hamzah juga mencabar cadangan syarat ikat jamin tambahan pihak pendakwaan, dengan mengemukakan bahawa tiada sedikit pun bukti yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa ahli politik terbabit berisiko melarikan diri.

Amer Hamzah kemudian merayu kepada mahkamah untuk mempertimbangkan jumlah ikat jamin tidak melebihi RM250,000.

Tak rampas passport kerana Hakim yakin Ismail Sabri tidak akan melarikan diri

Mahkamah kemudian memerintahkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga. Hakim tidak merampas pasport Ismail Sabri kerana memutuskan tiada bukti yang menunjukkan tertuduh berisiko melarikan diri.

Mahkamah juga menetapkan 29 September untuk sebutan kes.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com unt uk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023