Kecewa kalah, Cheng Hoe tetap bangga semangat pemain

Gambar Bernama menunjukkan pemain Malaysia Muhammad Syafiq Ahmad (kanan) diasak penjaga gol Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi.

Di sebalik kekalahan di tangan Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026, pengendali interim skuad Harimau Malaya, Encik Tan Cheng Hoe tetap berbangga dengan komitmen ditunjukkan anak buahnya.

Menurut Berita Harian, Cheng Hoe menegaskan barisan pemainnya sudah memberikan persembahan yang terbaik untuk memberi saingan kepada juara bertahan itu sebelum terpaksa akur tumbang 0-2 pada aksi terbabit.

"Kita tahu Vietnam adalah satu lawan yang sukar dan kita sudah menghantar pasukan yang terbaik. Sebagai jurulatih, saya bangga dengan pemain yang sudah memberikan yang terbaik, beraksi dengan penuh keyakinan dan komitmen bagi perlawanan ini.

"Saya kecewa (dengan keputusan perlawanan) tetapi saya bangga dengan mereka. Kita dapat memberi saingan tetapi kita dihukum dengan sedikit kelekaan di hujung babak pertama sehingga mereka mendapat gol pertama.

"Kita dapat mengawal permainan pada babak kedua tetapi kita kurang bernasib baik apabila gol sendiri itu membunuh kita," kata Cheng Hoe.

Terdahulu pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, skuad negara berdepan laluan berliku untuk mara ke final apabila tumbang 0-2 di tangan juara bertahan itu pada separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026.

Jaringan pada setiap babak menerusi Nguyen Xuan Son dan gol sendiri Faris Danish Asrul membolehkan pelawat membawa bekalan dua gol sekali gus menyaksikan skuad negara perlu bangkit pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Rabu ini.

Kali terakhir skuad negara mara ke final Piala ASEAN adalah pada 2018 dengan skuad ketika itu turut dibimbing Cheng Hoe.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT