Cheng Hoe kelihatan lebih berwibawa daripada jurulatih import

Encik Tan Cheng Hoe mungkin hanya diberi tempoh sementara untuk mengendalikan Harimau Malaya, namun kejayaan membimbing pasukan ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 tanpa barisan pemain terbaik dan berpengalaman sudah cukup untuk membuka persoalan besar buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Adakah sudah tiba masanya pengendali kelahiran Kedah itu diberikan kepercayaan secara tetap untuk membina semula skuad kebangsaan?" soal akhbar Harian Metro semalam.

Akhbar itu memetik bekas pengurus Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar sebagai berpandangan Cheng Hoe wajar diberikan peluang itu berdasarkan pengalaman luas serta reputasinya sebagai antara jurulatih tempatan yang mempunyai nama besar dalam industri bola sepak negara.

Hal ini kerana, Kamarul percaya Cheng Hoe mempunyai kemampuan untuk membawa Harimau Malaya mencapai sasaran lebih besar termasuk memburu tiket ke Piala Asia 2030.

"Kita serah kepada FAM untuk buat keputusan lanjut. Saya merasakan Cheng Hoe wajar diberi peluang untuk menggalas jawatan ini kerana dia adalah satu nama besar dalam industri bola sepak Malaysia.

"Saya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab penuh jika diberi ruang dan peluang serta kebebasan untuk membimbing pasukan Harimau Malaya.

"Mungkin Cheng Hoe mampu menghadirkan sesuatu yang, kalau bukan dikatakan ajaib, mampu melakar sejarah sekali lagi apabila kita layak ke Piala Asia," katanya.

Cheng Hoe mengambil alih tugas secara interim selepas Encik Peter Cklamovski meletakkan jawatan secara mengejut pada Jun lalu, sekali gus memaksa FAM membuat perubahan dalam tempoh yang singkat.

Dengan masa persiapan yang terhad dan pelbagai kekangan, Cheng Hoe tetap berjaya membawa Harimau Malaya melepasi peringkat kumpulan Piala ASEAN 2026 sekali gus beraksi di peringkat separuh akhir Piala ASEAN 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT