Belum lagi memerintah, PAS cuba menghalalkan rasuah pihak dia ada kepentingan
Rasuah tetapi rasuah walau si pelakunya ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang sendiri
Sepatutnya dia menyokong, adakah Hadi mahu kes Tabung Haji ditutup sebab ia jenama Islam? Inikah prinsip Islam berdolak dalik isu rasuah?
Merujuk sebuah rencana terkini karya pemimpin tertinggi PAS, Malaysiakini melaporkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu mengaitkan isu mengenai dakwaan salah laku dalam pentadbiran Tabung Haji (TH) dengan dakwaan sasaran terhadap jenama Islam.
"Kita tidak menafikan adanya institusi kewangan Islam yang menyeleweng dan mengalami salah laku, tetapi institusi perniagaan seperti GLC dan lain-lain yang berlipat kali ganda salah laku serta rasuahnya disembunyikan di bawah karpet.
“Maka, kesalahan Tabung Haji dijadikan tajuk utama kerana jenama Islamnya menjadi sasaran," dakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat TH yang didedahkan kepada umum bulan lalu antaranya membangkitkan mengenai pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Lembaga Pengarah TH Properties yang tidak mengikut peraturan.
Bonus RM2.19 juta yang dibayar kepada beberapa pengarah dan pegawai terpilih TH Properties Sdn Bhd (anak syarikat) diluluskan tanpa mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan.
Laporan juga membangkitkan campur tangan politik serta penglibatan pemimpin UMNO dalam lembaga pengarahnya.
Terdapat beberapa keputusan TH seperti bayaran agihan keuntungan (hibah), penentuan bayaran haji, dan Bantuan Kewangan Haji (Hafiz) didorong oleh unsur-unsur politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu mempertahankan kewujudan unsur “sakau” atau penyelewengan dalam TH.
Dalam rencana panjangnya yang dikongsi hari ini, Abdul Hadi berkata pihak yang menjayakan Tabung Haji lebih ramai “berlipat kali ganda”.
Namun, katanya, perkara dibesarkan hanya “segelintir yang salah laku bagi membesarkan keaiban Melayu Islam dengan niat yang jahat”.
Dia juga mengaitkan dengan kes melibatkan Lim Guan Eng, walaupun tidak menyebut nama bekas ketua menteri Pulau Pinang itu secara khusus.
"Adapun kes terowong Pulau Pinang, bicaranya separuh jalan, kemudian diam membisu, malah jarang sekali dibunyikan apabila ada suara menyebutnya," katanya.
"Terlalu banyak institusi perniagaan milik kerajaan dan separa kerajaan yang mengalami kerugian kerana kebocoran di bawah seseorang yang disebut-sebutkan sebagai menteri kewangan terbaik, termasuk kalangan yang berpolitik sekular yang berpisah daripada agama dengan menyalahgunakan kedudukan politik mereka."
"Golongan yang paling ramai diambil tindakan ialah pihak yang berjenama Melayu dan Islam daripada yang paling besar sehinggalah paling kecil bagi merendahkan imej Islam, seolah-olah tidak ada daripada kalangan bukan Islam dan bukan Melayu.
“Padahal kegiatan ekonomi lebih banyak daripada bukan Islam dan bukan Melayu, khususnya yang bersaiz mega yang menjadi penyumbang rasuah,” dakwanya.
Lim, bekas setiausaha agung DAP, didakwa ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM3.3 juta bagi dirinya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan membantu syarikat milik bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Ahmad Mohd Zulkifli, dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan kedua, anggota parlimen Bagan didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat ahli perniagaan itu dilantik untuk melaksanakan projek sama.
Dia turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut itu.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.










Comments
Post a Comment