Asalkan Bukan Perasuah
Katanya, Kerajaan Perpaduan Madani boleh jatuh kalau mana-mana satu rakan kongsi besar, misalnya DAP atau Barisan Nasional, menarik diri.
Bagaimanapun, Permadu Malaysia melihat ini tidak semestinya berlaku kerana DAP telah memberi komitmen mereka tetap akan menjadi penyokong Kerajaan walaupun tidak berada dalam kabinet sehingga tamat penggal pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Perpaduan Madani juga tidak akan tumbang sekiranya BN menarik sokongan dengan 30 kerusi yang ada pada mereka kerana sokongan parti-parti lain masih membolehkan Anwar memiliki majoriti mudah.
Kadir sempat mengutarakan kemungkinan senario pertama sudah mula menampakkan tanda-tanda. Ini berdasarkan tindakan BN telah "go solo" di Johor dan berkoloborasi dengan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.
Kita boleh tunggu apakah tindakan DAP yang akan memutuskan pendirian dalam konvensyen kebangsaan 16 Ogos ini.
"Parti Perdana Menteri sendiri, PKR, dalam ketidaktentuan. Ia kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
"Luka parah PRN Johor dan Negeri Sembilan belum terubat, "Puteri Reformasi", Nurul Izzah Anwar, mohon letak jawatan Timbalan Presiden atas alasan mahu sambung belajar,' kata Kadir.
Persoalannya, kata Kadir, kalau Kerajaan Perpaduan Madani tumbang dan kerajaan baru ditubuhkan, siapakah yang layak mengetuainya?
Beliau neminta kita fikirkan bersama dengan menamakan calon yang kita rasa paling layak.
"Kalau PRU ke-16 diawalkan, gabungan mana yang kita rasa akan menang dan siapa kita mahu jadi Perdana Menteri?
"Kita tentulah berkehendakkan seorang Perdana Menteri yang terbaik di segi pendidikan, perwatakan, pengetahuan ekonomi dan pentadbiran, bersih daripada jenayah, baik kesihatan dan sempurna akal.
"Al Quran memberi kita panduan. Seorang pemimpin mestilah ada ciri-ciri al-qawiy (kuat, berkemampuan dan berilmu) serta al-amin (amanah, jujur dan berintegriti)," katanya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment