Ahmad Samsuri Mokhtar Jadi Pilihan Pembaca Artikel A Kadir Jasin

BAYANGAN PM PILIHAN RAKYAT

1. Bagi yang mengikuti pebahasan terhadap tulisan saya bertajuk "Siapa Kita Mahu Jadi PM?", mereka tentu sudah mendapat gambaran pemimpin politik mana yang sering disebut sebagai calon Perdana Menteri.

2. Secara ringkas, setelah membaca 856 respons sehingga pagi 11 Ogos, kiraan kasar saya mendapati Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mendahui.

3. Beliau meninggalkan calon-calon lain jauh di belakang. Saingan terdekat beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani. Namun jurangnya luas.

4. Mengekori Ahmad Samsuri dan Johari dari jauh, ikut giliran, adalah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Mohamad Hasan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

5. Kehadiran Syed Saddiq di kalangan pemimpin kanan dan veteran adalah memberangsangkan. Maksudnya pembahas tidak terikat kepada veteran semata-mata. Mereka juga memerhati dan menaruh harapan kepada pemimpin muda. 

6. Pemimpin muda lain yang kerap disebut adalah Mohd Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, Isham Jalil, Asyraf Wajdi Dusuki, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Amirudin Shari.

7. Kemunculan Ahmad Samsuri sebagai ahli politik yang menarik perhatian umum, disebabkan beberapa faktor. 

8. Antaranya adalah kemunculan PAS sebagai parti Melayu-Islam dominan menggantikan UMNO, kesedaran bahawa ramai pemimpin PAS adalah golongan profesional dan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN.

9. Ada beberapa orang pembahas yang nampak potensi gandingan Ahmad Samsuri sebagai jurutera dan saintis dengan Johari yang berlatarbelakangkan korporat. 

10. Ahmad Samsuri yang menjadi Menteri Besar Terengganu sejak 2018 adalah lulusan ijazah kedoktoran bidang enjin jet dan sistem pendorong (jet propulsion) dari Universiti Leeds, United Kingdom manakala Johari adalah akauntan bertauliah lulusan UiTM. 

11. Walaupun Johari pernah berkhidmat dalam pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan II selama 1 tahun 10 bulan, beliau tidak dikaitkan dengan skandal zaman itu.

12. Dalam menghitung respons pembahas, saya tidak mengambil kira "undi" yang berbentuk sindiran dan persendaan atau terhadap ahli-ahli politik yang telah berkata mereka tidak berminat.

13. Saya juga menolak  kenyataan, kita jangan susah-susah, serah saja pemilihan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. 

14. Mohon faham sikit Perlembagaan. Di bawah Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong tidak pilih calon Perdana Menteri. 

15. Malah Raja-raja kita tidak pun mengundi. Ini adalah simbol dan bukti Raja-raja berkecuali dalam hal pemilihan kerajaan. 

16. Yang pilih wakil untuk membentuk kerajaan adalah kita, dengan cara mengundi dalam pilihan raya. Dalam Pilihan Raya Umum Persekutuan, kita pilih 222 orang untuk menganggotai Dewan Rakyat.

17. Kemudian, salah seorang daripada mereka yang mendapat sokongan paling ramai ahli Dewan Rakyat akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk jadi Perdana Menteri.

18. Saya tekankan sekali lagi, kajian pendapat umum yang saya lakukan ini adalah rambang. Hasilnya adalah sekadar pendapat petunjuk kasar semata-mata. 

18. Ia mungkin tidak memberi apa-apa kesan pun kepada kepemimpinan parti-parti yang bertanding. Mereka tetap akan pilih ketua parti masing-masing walaupun tidak disukai oleh rakyak jelata.

Wallahuaklam. Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau pada hari Rabu, 12 Ogos 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT