Sudah bertahun-tahun desas-desus akan dianugerah gelaran Datuk, namun tiada sampai sekarang

 

Penyanyi Cik Ziana Zain, menegaskan beliau sama sekali tidak pernah mengejar gelaran Datuk meskipun desas-desus mengenai penganugerahan pingat darjah kebesaran tersebut sudah bertahun-tahun diperkatakan.

Ziana atau nama penuhnya, Siti Roziana binti Zain, 58, berkata, dia menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT tanpa perlu memikirkannya secara berlebihan.

Menurutnya, tumpuan utamanya sepanjang berkecimpung dalam industri seni adalah untuk terus konsisten menghiburkan peminat dan bukannya memburu sebarang pengiktirafan atau darjah kebesaran.

"Saya tidak tahu nak kata apa sebab perkara ini sudah bertahun berlegar. Doakan sahaja yang terbaik dan jika itu rezeki saya, maka itulah rezekinya.

“Perkara paling penting ialah sebagai seorang penyanyi, saya masih berada di sini. Ini adalah perkara yang sangat penting bagi diri saya,” katanya.

Ziana berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui wartawan akhbar Utusan Malaysia semasa sidang media Muzik Lab: Hab Kreatif AJL40 di McDonald’s Pandu Lalu Pantai Sentral, Pantai Dalam, semalam, Sabtu 11 Julai 2026.

Ziana berkata, sepanjang tempoh pembabitannya dalam dunia seni, dia juga tidak pernah berharap untuk menerima sebarang tawaran rasmi berhubung pengurniaan gelaran sedemikian.

“Saya tidak mengejar gelaran dan dalam hidup ini saya memang tidak mengharapkannya. Anda perlu mempunyai kelas tersendiri dengan membiarkan perkara itu datang kepada anda, bukannya anda yang mengejar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, akhbar Bahasa Melayu itu berkata, Muzik Lab, anjuran McDonald’s Malaysia bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merupakan inisiatif yang memberi peluang kepada orang ramai menerokai industri muzik menerusi perkongsian dan persembahan bersama penggiat seni.

Melalui pengenalan Muzik Lab, AJL40 melengkapkan sambutan empat dekad penganjurannya dengan menawarkan dimensi baharu kepada peminat untuk bukan sahaja menikmati muzik, malah memahami perjalanan di sebalik setiap karya serta menghargai individu yang menjadi nadi di sebalik karya-karya yang terus mewarnai industri muzik tanah air.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?