Mulanya Di Sini—Sama-Sama Bersama Norsinah

 

Restuilah kehadiran seorang wanita sebagai ADUN Larkin yang baharu

Di Larkin, Johor Bahru, pilihan lain hanyalah calon daripada Bersama, Puan Norsinah Abu (gambar, atas).

Norsinah berumur 58 tahun dan mempunyai pengalaman di sektor swasta sebelum terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan politik. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muar ini mendapat biasiswa JPA selepas SPM dan melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Ciba, Jepun. Selain bahasa Melayu dan Inggeris, Norsinah fasih berbahasa Jepun.

Beliau memulakan kerjaya di Tokyo di Dipsol Chemicals Co. Ltd dan Fujisash Co. Ltd. Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat di Kedutaan Jepun di Malaysia selama 11 tahun sebelum menceburi bidang pemasaran pelaburan.

Beliau pernah menjadi pengurus agensi pelaburan dengan BIMB Investment Management Berhad selama 12 tahun. Beliau kini merupakan Perancang Harta Pusaka Islam dengan As-Salihin Trustee Berhad.

Sebelum BERSAMA, Norsinah adalah sebahagian daripada pasukan Ahli Parlimen Johor Bahru yang menguruskan aduan rakyat.

Bersama yang akan mencuba nasib pada hari pengundian 11 Julai ini, dilihat bertekad untuk tidak hanya bergantung kepada sokongan pengundi bukan Melayu PH yang kecewa.

Namun, sokongan orang Melayu terhadap parti 'kancil' itu dijangka terhad, dengan Rahman menyatakan mereka berkemungkinan besar hanya akan menarik perhatian golongan muda.

"Kancil (Bersama) banyak guna internet untuk kempen. Mungkin boleh curi sikit undi," kata seorang pemerhati merujuk logo Kancil berwarna biru digunakan Bersama.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara