Krisis Negeri Sembilan-Politikus Proksi Raja Atau Raja Proksi Politikus?
Agak membimbangkan dua kumpulan politik menggambarkan kecenderungan sebagai penyokong dua Raja berbeza
Satu pihak akan menganggap satu pihak lagi sebagai pengkhianat dan penderhaka
Setiausaha Agung DAP Encik Anthony Loke Siew Fook mendakwa kewujudan "pengkhianat dan penderhaka" terhadap sistem raja berperlembagaan di Negeri Sembilan, Malaysiakini melaporkan hari ini.
Dakwanya, pihak berkenaan pernah menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan cuba menjatuhkan kerajaan negeri ketika kemelut politik dan adat melanda negeri itu.
Loke tidak menamakan parti atau individu yang dimaksudkannya, tetapi berkata semua pihak dalam kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Namun amat jelas ia merujuk kepada UMNO.
“Saya tak ada masalah menerima kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan, kita menyokong menteri besar Melayu, tetapi menteri besar Melayu yang sejahtera macam Tok Min (Aminuddin), ini menteri besar yang kita sokong, bukan orang yang akan tikam belakang kita.
“Bukan ada orang yang apabila ada krisis melanda negeri kita, sepatutnya kita bersatu, sepatutnya bekerjasama, bermuafakat untuk menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan, tetapi mereka memilih peluang krisis itu untuk menikam kita dari belakang, menarik sokongan daripada Tok Min dan cuba jatuhkan kerajaan perpaduan Negeri Sembilan.
“Orang itu adalah pengkhianat dan penderhaka kepada sistem raja berperlembagaan di Negeri Sembilan. Kalau orang itu nak jadi calon menteri besar, kita lawan habis-habisan.
“Tak payah siapa sebut nama siapa orang itu,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PH bagi PRN Negeri Sembilan di Kuala Pilah malam tadi.
Pada 27 April, kesemua 14 Adun UMNO-BN mengumumkan penarikan sokongan terhadap Aminuddin dengan alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya. Bagaimanapun, pada 30 April, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata kesemua Adun terbabit bersetuju meneruskan sokongan kepada kerajaan perpaduan negeri demi kestabilan politik.
Umno Negeri Sembilan kemudian menegaskan akan terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan namun pada masa sama mengekalkan pendirian hilang kepercayaan terhadap menteri besarnya.
DUN negeri itu dibubarkan pada 5 Jun lalu manakala SPR menetapkan hari mengundi pada 1 Ogos.
PRN itu berlangsung selepas kemelut politik dan adat yang melibatkan pertikaian takhta institusi diraja serta Undang Yang Empat di negeri berkenaan.
Sementara itu, Loke yang juga menteri pengangkutan mengingatkan pemimpin dan petugas PH supaya tidak menyentuh sensitiviti adat sepanjang kempen PRN.
Mohon maaf pada Yamtuan Besar
Dia turut menegaskan DAP menjunjung sistem raja berperlembagaan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
“Saya nak bagi peringatan kepada rakan-rakan, kepada petugas-petugas, kepada ahli-ahli jangan berseloroh, jangan berjenaka berkenaan dengan sistem adat Negeri Sembilan, ini sesuatu yang saya tak akan terima, saya tak akan maafkan.
“Kalau mana-mana ahli kita yang tersasul, kita mohon maaf kepada Yang Dipertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin,” katanya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment