Dakwaan polis membunuh sewenang-wenangnya perlu diteliti

Laporan bedah siasat tiga individu yang mati dalam kejadian di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu menunjukkan dua daripada mereka ditembak di kepala, manakala seorang lagi ditembak di dada dari jarak dekat dengan trajektori peluru menghala ke bahagian bawah.

Menurut portal berita Malaysiakini, peguam Encik Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga individu terbabit berkata, laporan bedah siasat menunjukkan salah seorang daripada mereka ditembak tepat di dahi dan peluru berkenaan menembusi bahagian bawah kanan belakang kepala.

Seorang lagi pula, katanya, ditembak di bahagian atas pipi kiri dan peluru menembusi bahagian bawah belakang badan mangsa, manakala yang ketiga mempunyai kesan dua tembakan di dada dan menunjukkan trajektori peluru menembusi bahagian belakang badan.

"Laporan bedah siasat mendapati terdapat serbuk jelaga hitam di kawasan bekas luka tembakan.

"Ini bermakna jarak tembakan dilakukan dari sangat dekat, dalam anggaran (beberapa) sentimeter," kata Rajesh dalam sidang medianya di pejabat Lawyer for Liberty di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, sebelum ini memaklumkan tiga penjenayah berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Kejadian pada 4.30 pagi itu didakwa menyebabkan anggota polis berpangkat koperal dan berusia awal 30-an itu cedera parah pada lengan kiri.

Pada 10 Februari lalu Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail pula menjelaskan pihak berkuasa sedang melengkapkan siasatan dan menunggu laporan lanjut daripada agensi berkaitan sebelum tindakan seterusnya diambil.

Katanya, polis juga berusaha memenuhi segala arahan yang ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara bagi melengkapkan siasatan.

Pada 22 April lalu pula Pengerusi DAP Encik Gobind Singh Deo menggesa Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberikan maklumat terkini secara segera dan telus mengenai siasatan insiden berkenaan.

Dakwa polis tak bekerjasama

Katanya, setakat ini tiada tindakan muktamad yang diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat walaupun kes tersebut melibatkat kepentingan awam.

"Orang ramai berhak untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dan keluarga mangsa berhak mendapat jawapan dan keadilan,” katanya.

Dalam sidang media hari ini, Rajesh turut mendakwa laporan bedah siasat tidak menunjukkan tembakan terhadap tiga individu terbabit wajar dikaitkan dengan alasan mempertahankan diri.

Hal itu kerana, katanya, kesan tembakan menunjukkan darjah trajektori peluru bergerak dari bahagian atas ke bawah tubuh individu berkenaan dan ia dilepaskan dari jarak dekat.

"Ini adalah pembunuhan," dakwanya lagi.

Peguam itu turut mempersoalkan keengganan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap anggota polis yang terlibat walaupun kes sudah berlarutan sejak lapan bulan lalu.

"Kalau ada siasatan berkaitan kes bunuh suspek perlu ditahan dan direman, dalam kes ini tiada pihak dikenakan reman. Kami yakin polis tak ambil serius siasatan yang dijalankan.

"Kami syak begitu kerana suspek adalah anggota polis. Tidak masuk akal polis siasat polis," katanya.

Tambah Rajesh, peguam keluarga itu juga kesal dan mendakwa polis tidak memberikan kerjasama apabila enggan menyerahkan laporan bedah siasat tiga mangsa terlibat.

"Keluarga terpaksa membayar RM3,000 untuk mendapatkan laporan bedah siasat daripada Hospital Melaka sedangkan pihak polis mempunyai salinan laporan itu," katanya.

Sehubungan itu, kata Rajesh, keluarga tiga mangsa tembakan berkenaan menuntut agar semua anggota polis yang terlibat ditahan serta direman atas dakwaan membunuh.

Pihak keluarga juga menggesa tindakan tegas diambil terhadap kepimpinan polis Melaka dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab cuba "menyembunyikan kebenaran".

Mereka juga menuntut penjelasan daripada perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara atas kelewatan tindakan siasatan terhadap kes terbabit.

Ancam mahu dedah nama dan gambar

Sementara itu, aktivis Arun Dorasamy dalam sidang media sama menegaskan jika tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa diambil terhadap individu terlibat, dia tidak teragak-agak untuk menyiarkan nama serta gambar lapan individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Dakwanya, ada banyak bukti yang dikemukakan namun tidakan ke atas pihak yang terlibat belum diambil.

Dia juga mendakwa tiga individu yang ditembak mati itu "dihukum".

"Siapa yang terlibat, senarai itu saya dah serahkan kepada pasukan petugas khas.

"Kalau tiada tindakan saya akan dedahkan gambar-gambar suspek.

“Naratif polis (yang mendakwa mereka) terpaksa bertindak kerana berada dalam situasi berbahaya adalah tidak masuk akal," katanya.

Pada Disember tahun lalu keluarga tiga lelaki berkenaan menyerahkan rakaman audio didakwa bukti kejadian tersebut kepada Bukit Aman.

Ia dikatakan mengandungi rakaman detik-detik akhir ketiga-tiga individu tersebut memberikan kerjasama kepada polis sebelum mereka ditembak mati.

Pihak polis mendakwa semua tiga lelaki berkenaan ialah ahli Geng Durian Tunggal yang dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis. Mereka juga didakwa aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor.

Kegiatan kumpulan itu, kata polis, sudah menyebabkan kerugian RM1.35 juta.

Peguam keluarga bagaimanapun menolak laporan versi polis dan mendakwa ketiga-tiga mangsa dibunuh gaya ala mafia.

Pada 17 Disember tahun lalu,  Dzulkhairi Mukhtar dilapor Sinar Harian, menegaskan bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan pihaknya berhubung kes tembak tiga suspek di Durian Tunggal adalah berasaskan fakta dan bukannya dibuat sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, penjelasan mengenai status wanita yang mendakwa sebagai isteri si mati dibuat susulan penularan di media sosial bahawa wanita tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah.

Beliau juga mempelawa mereka yang tidak berpuas hati boleh menyamannya jika mahu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara