Anak-anak pelakon terkenal hadir raikan ayah kahwin lagi

Gambar Instagram/Gauri Spratt di bawah menunjukkan pelakon Bollywood Aamir Khan (berbaju putih) dan Gauri Spratt melangsungkan perkahwinan pada 5 Julai 2026.

Superstar perfileman India, Aamir Khan, 61, selamat mendirikan rumah tangga bersama usahawan Gauri Spratt, 47, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediamannya di Mumbai kelmarin, Ahad 5 Julai 2026.

Perkahwinan itu merupakan yang ketiga buat pelakon filem 3 Idiots tersebut, kata akhbar Bahasa Melayu berpengaruh di Malaysia, Sinar Harian.

Memetik pembekal berita antarabangsa Agensi, akhbar itu melaporkan majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat, termasuk anak-anak Aamir, pengarah Ashutosh Gowariker, pelawak Vir Das dan pelakon Elli AvrRam.

Sebelum ini, Aamir pernah berkahwin dengan penerbit Reena Dutta dari 1986 hingga 2002, sebelum mendirikan rumah tangga dengan pengarah Kiran Rao pada 2005. Pasangan itu berpisah pada 2021.

Aamir dan Gauri dilaporkan mula berkenalan lebih dua dekad lalu sebelum kembali menjalinkan hubungan menerusi sepupu pelakon itu.

Mereka mengumumkan hubungan secara terbuka pada Mac 2025 sempena sambutan ulang tahun kelahiran Aamir yang ke-60.

Sepanjang lebih lima dekad dalam industri perfileman India, Aamir dikenali sebagai antara ikon terbesar Bollywood menerusi filem-filem pecah panggung seperti Ghajini (2008), 3 Idiots (2009) dan PK (2014).

Filem Dangal (2016), yang diterbitkan dan dibintangi beliau, masih kekal sebagai filem India dengan kutipan tertinggi di dunia, meraih lebih AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion).

Gauri pula dilaporkan aktif dalam industri kecantikan dan kini turut menyumbang secara kreatif kepada syarikat produksi Aamir Khan Productions.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara