A Kadir Jasin kelihatan sedikit curiga dengan penjelasan sebab PMX menaiki BMW kalis peluru

Dakwaan di atas adalah tidak benar. Jika benar sekalipun, dia Perdana Menteri dan sememangnya layak menggunakan kenderaan seperti itu.

Jangan tunggu PM ditembak dari jarak dekat di lampu isyarat, baharu kita hendak sediakan kenderaan kalis peluru untuk Perdana Menteri.

Perihal BMW Kalis Peluru 

1. Kalau tahu mengenai komunikasi dan bercakap benar, rasanya tidaklah susah sangat hendak tangani cerita Perdana Menteri naik kereta BMW kalis peluru itu.

i. Kereta rasmi beliau sedang diselenggara (servicing);

ii. Pinjam guna kereta VIP BMW yang kebetulan kalis peluru;

iii. Kereta BMW siri 7 kalis peluru itu kereta rasmi untuk kegunaan pembesar luar negara yang melawat Malaysia; dan

iv. Polis Diraja Malaysia menasihatkan, atas sebab-sebab keselamatan, Perdana Menteri guna kereta itu sementara menunggu kereta rasmi beliau keluar dari bengkel. 

2. Tidak susah kan? Itu pun kalau bercakap benarlah. Tapi kalau ada cerita lain, kenalah buat alasan sebab takut keluar cerita sebenar. 

3. Saya bimbang sikit tetang alasan "sebab-sebab keselamatan" itu.

4. Polis tentu tidak sesuka hati naikkan tahap kawalan keselamatan beliau kepada kereta kalis peluru kalau tidak ada bukti yang kuat.

5. Dari sudut lain pula, inilah ragam hidup "jaman edan" apabila banyak orang bertindak sebagai "wartawan warga" (citizen journalists) yang melaporkan apa saja yang mereka nampak.

6. Jadi, orang dalam kategori pembesar atau selebriti (public figure) kenalah sentiasa mengagak (anticipate) yang gerak-geri mereka diekori dan disiarkan dalam media sosial. 

7. Orang yang tajam mata dan fikiran tentu nampak ironi dan kontradiksi Perdana Menteri menaiki kereta mewah BMW kalis peluru untuk melancarkan Proton S70 sebagai teksi di bawah Program Pembaharuan Teksi Madani.

Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Rabu 8 Julai 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara