UMNO tidak mahu “bermadu” dengan BERSATU

MUHYIDDIN SOMBONG?

13 Ahli Parlimen BERSATU mendakwa sikap sombong Tan Sri Muhyiddin menjadi sebab PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU.

Apa yang sombong tidak diberitahu. Jadi, tak bolehlah saya ulas perihal sombong tersebut.

Cuma, sebab PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU bolehlah saya ulas mengikut sudut pandang saya. Sudut pandang orang lain mungkin berbeza.

Saya dilatih untuk melihat politik dari dua sudut. Yang tersurat dan tersirat.

Yang tersurat mudah nampak. Isu pertukaran MB Perlis, SD sokong ADUN UMNO di Negeri Sembilan, dakwaan BERSATU lebih ramai calon daripada jentera, pemecatan keahlian kumpulan RESET, tuduh menuduh antara penyokong kedua-dua parti dan lain-lain. 

Isu-isu ini boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak memikirkan ianya penting untuk diselesaikan dan menguntungkan jika selesai. 

Parti politik seperti orang politik melihat kiraan untung rugi. Politik adalah seni siapa dapat apa, bila dan bagaimana. Who gets what, when and how.

Jika isu-isu ini memberikan keuntungan politik apabila dapat diselesaikan, maka apa jua jalan dan kaedah akan dicari untuk menyelesaikannya.

Berunding, bermaafan, berbaik semula adalah antara kaedah untuk menyelesaikan kemelut.

Tetapi jika ada jalan lain yang difikirkan lebih menguntungkan, buat apa menyelesaikan masalah yang tidak membawa keuntungan?

Jika bercerai lebih menguntungkan daripada kekal bersama, maka bercerailah.

Jadi, kita kena lihat apa yang tersirat.

Saya lihat apabila PAS menggerakkan MN 2.0 dengan UMNO, perpisahan dengan BERSATU menjadi tidak dapat dielakkan (inevitable).

Semasa MN 1.0 dahulu pun, UMNO meletakkan syarat jika PAS mahu bersama UMNO, PAS mesti berpisah dengan BERSATU.

Saya masih menyimpan surat menyurat antara BERSATU, PAS dan UMNO mengenai pembentukan MN 1.0.

Kenapa syaratnya mesti menyisihkan BERSATU?Jawapannya mudah sahaja. Kerusi. UMNO mahu bertanding di kerusi-kerusi milik BERSATU. UMNO juga tidak mahu melihat pengaruh BERSATU berkembang kerana kedua-dua parti bersaing merebut segmen pengundi yang sama.

Jadi, jika PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, BERSATU mesti dikorbankan. BERSATU menjadi “sacrificial lamb” untuk menjayakan MN 2.0.

BERSATU bukan menjadi penghalang kepada penyatuan Melayu. BERSATU adalah penghalang kepada perkahwinan semula PAS dan UMNO.

UMNO tidak mahu “bermadu” dengan BERSATU. Isu-isu yang tersurat itu sebenarnya menjadi alasan paling “convenient” untuk menghalalkan perceraian PAS-BERSATU.

Tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin menjadi sombong. Padahal dari dahulu lagi Tan Sri Muhyiddin begitulah karakternya. Tegas. Tidak mudah mengalah. Ini sudut pandang saya.

Tapi tunggu dulu. Ada satu lagi yang tersirat. Saya menghidu ada permainan politik aras tinggi yang sedang berjalan.

Semua peristiwa ini berlaku di bawah hidung Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. 

Langkah Bangkok. Anwar tahu. SD Negeri Sembilan. Anwar tahu. BN bertanding solo di Johor. Anwar tahu.

Selepas ini mungkin ada beberapa negeri lagi yang akan membubarkan DUN untuk memberikan laluan kepada BN bertanding solo.

Tetapi Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya. Tidakkah kedudukannya tergugat jika BN menjadi lebih kuat dan MN 2.0 menjadi kenyataan? No Anwar, No DAP, No BERSATU sedang menjadi realiti.

Atau, adakah seseorang sedang meyakinkan Anwar bahawa ini semua adalah “game” untuk memecah-belahkan PN dan akhirnya menguntungkan Anwar? Siapa sedang “mainkan” siapa?

Ya, PN sedang berpecah. 

Jika BERSATU tunduk kepada desakan 13 Ahli Parlimen yang menggesa BERSATU supaya keluar PN, hampir separuh sokongan kepada PN dalam pilihan raya akan hilang.

Lagipun, gelombang PN sudah surut. PN dalam PRU-16 tidak lagi sama dengan PN dalam PRU-15. PN menjadi semakin lemah.

Bukankah ini menguntungkan gabungan PH-BN?

Sementelahan pula, PAS sudah menceraikan BERSATU. UMNO belum menceraikan PH. Mereka masih tidur sebilik.

Dalam keadaan ini, UMNO masih ada pilihan. PAS sudah tiada pilihan.

Siapa lebih untung?

Kalau saya Anwar, saya akan katakan kepada “operator” yang sedang mengkucar-kacirkan rumah tangga PN “silakan....”

Akhirnya, 13 Ahli Parlimen yang menuduh Muhyiddin sombong ini sedang menjadi bidak-bidak di papan catur. Mereka sedang digerakkan ke hulu ke hilir oleh sang pencatur untuk kepentingan orang lain. 

Bukan kepentingan Melayu. Bukan kepentingan ummah.

Kerusi-kerusi mereka pun belum tentu selamat kerana sedang menjadi buruan UMNO. 

Saya tidak ingin menuduh. Saya tidak tahulah berapa banyak beg-beg berisi wang berkepul-kepul sedang berpindah tangan.

Sudah berapa ekor kambing mati tergolek di meja makan untuk menjayakan permainan politik aras tinggi ini.

Jadi kalau Muhyiddin tidak mahu makan bersama, katalah dia sombong pun. Saya tak kisah.


Adaptasi dari sebuah artikel hasil tulisan Marzuki Mohamad, bekas pembantu kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel ini dikongsi di Facebook beliau hari ini.

Seluruh kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan persendirian penulis dan/atau organisasi berkenaan, oleh itu ia tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri