Tabung Haji lagi

Dulu tahun 2015, bila 1MDB jual tanah TRX kepada Tabung Haji pada harga RM188 juta, CT kata ia sangat memalukan.

Ramai pun marah. Jerit sakau. Jerit Turun Najib. Jerit Tabung Haji kena tipu.

Sekarang tahun 2026, kerajaan Madani jual balik tanah TRX yang sama kepada Tabung Haji pada nilai sekitar RM364 juta.

Hampir dua kali ganda harga yang dulu mereka kata memalukan. Jadi sekarang macam mana?

Kalau RM188 juta dulu “sangat memalukan”, RM364 juta hari ini kira apa? Sangat sangat memalukan?

SAH!!

Nampaknya Madani rasa mereka tidak perlu hormat atau telus kepada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji.

Sebab mereka pun tidak mahu dedah secara jelas bahawa hutang Urusharta Jamaah kepada TH sudah matang pada 29 Mei 2026 dan sepatutnya dibayar balik sebanyak RM12.5 bilion.

"Laporan The Edge dua hari lepas telah mengesahkan posting-posting saya seminggu dahulu," kata Eric See-To - Lim Sian See di Facebook hari ini.

Bahawa hutang itu tidak dibayar balik penuh secara tunai.

Sebaliknya, ia diselesai dengan pindahan aset sekitar RM1 bilion dan hutang baharu RM11.5 bilion yang dipanjangkan lagi 10 tahun ke tahun 2036. 

Hutang lama kadar keuntungan 4.05%. Hutang baharu pula kadar keuntungan 3.825%.

Maknanya bukan saja TH tidak dapat balik tunai RM12.5 bilion sepenuhnya, malah baki hutang besar itu diganti dengan hutang baharu pada kadar keuntungan lebih rendah.

Kalau kadar keuntungan kepada TH lebih rendah, tekanan kepada hibah TH selepas ini tentu lebih besar.

Kenapa Urusharta Jamaah perlu buat begini? Sebab UJSB memang syarikat yang sangat defisit.

Pada akhir 2024, UJSB ada aset RM11.44 bilion tetapi liabiliti RM23.86 bilion. Accumulated losses pula RM12.42 bilion.

Sebahagian “bayaran” kepada TH ialah UJ Estates, yang ada aset RM670.86 juta, liabiliti RM35.64 juta dan untung selepas cukai RM48.24 juta pada FY2024.

Paling menarik, satu lagi aset ialah tanah TRX.

Tanah TRX ini dulu dibeli TH daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta pada April 2015.

Masa itu PH menjerit kata BN jual tanah kepada TH pada harga terlalu tinggi - kononnya tipu TH.

Sampai Siti kata ini adalah transaksi yang memalukan ketika itu.

Sekarang tanah itu dipindah balik oleh Madani kepada TH dengan nilai sekitar RM364 juta, iaitu hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada harga asal RM188.5 juta yang dulu mereka kata “tipu TH”.

Jadi, adakah Siti akan rasa ini dua kali lebih memalukan? Dan adakah Madani dua kali ganda lebih tipu TH pula?

Inikah maksud “pemulihan asset TH yang mantap” Madani?

Atau sebenarnya cuma “hutang lama tukar nama jadi hutang baharu dengan kadar bunga lebih rendah”?

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organis asi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?