Suami Hannah Yeoh lagi
Masa isu ini tercetus, saya kurang tulis berkenaan itu ini sebab malas layan DAP.
Namun hari ini, saya buka semula cerita ini.
Kronologi projek DRT Selangor ini menarik.
2018, Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan. SPAD yang bebas dimansuhkan, APAD pula diwujudkan di bawah MOT.
3 Disember 2022, Anthony kembali semula sebagai Menteri Pengangkutan.
22 Disember 2022, APAD meluluskan lesen POC Asia Mobiliti khusus untuk kawasan Selangor - menjadi syarikat pertama DRT diluluskan MOT. Lain-lain syarikat hanya diberi jauh kemudian.
Syarikat Asia Mobiliti itu siapa?
Syarikat suami Hannah Yeoh, Menteri DAP.
15 Jun 2023, kerajaan PH/DAP Selangor melalui EXCO DAP beri LOI kepada Asia Mobiliti tanpa tender dengan alasan tiada syarikat lain ada lesen APAD.
20 September 2023, Letter of Appointment kerajaan Selangor diberi.
Mei 2024, isu ini meletup. EXCO DAP Selangor pertahankan dengan alasan hanya Asia Mobiliti ada kelulusan APAD untuk kawasan itu dan proses “teliti”.
Nampak cantik kan kronologinya?
APAD bawah MOT. Kelulusan APAD jadi alasan. Kerajaan PH/DAP Selangor beri projek. Syarikat pula diterajui suami Menteri DAP.
Menteri DAP->EXCO Selangor DAP-syarikat berkaitan Encik Ramachandran Muniandy, iaitu suami Menteri DAP, Puan Hannah Yeoh.
Kalau zaman BN, DAP sudah jerit “kroni”, “nepotisme” dan “mana tender terbuka?” sampai kiamat.
Tapi bila kena batang hidung sendiri, tiba-tiba semuanya jadi “proses teliti” dan tiada salah.
Dipetik dan adaptasi dari hantaran hari ini di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See.
Gambar-gambar diambil dari Facebook Eric See-To - Lim Sian See.
Seluruh kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan persendirian penulis dan/atau organisasi berkenaan, oleh itu ia tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organis asi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment