Sindiran Simbolik A Kadir Jasin

MENGATA DULANG PAKU SERPIH

1. Masa kanak-kanak dan remaja di kampung pada tahun 1950-an dan 60-an, saya sering menolong nenek menebang mengkuang untuk dibuat anyaman. 

2. Bahaya yang ditakuti adalah ular punti yang menjadikan rumpun mengkuang tempat persembunyian. Apabila kita tebang, ia akan jatuh atau turun melarikan diri. 

3. Warna kulitnya hitam dengan lingkaran kuning menyebabkan ia turut dikenali sebagai ular cincin emas. Nama saintifiknya, Boiga melanota dan dipanggil juga ular tiong. 

4. Oleh sebab ia tinggal di tempat tinggi dan jarang menjalar atas bumi, orang takut kepadanya sedangkan racunnya tidaklah berbahaya sangat. Tidak membunuh manusia.

5. Kita manusia pun macam itu juga. Ada yang berpangkat besar, duduk di tempat tinggi, disanjung, dihormati dan digeruni. Tetapi dari segi kecerdikan, kebijaksanaan dan budi pekerti mungkin tidaklah sehebat mana. 

6. Kalau di dalam alam ular, lebih kurang macam ular tikus, ular daun dan ular air saja. Tidak ada bisa pun. Dulu-dulu kita kenal ular. Jadi kita selamat dan tidak mudah tertipu. Hari ini, asal nampak ular,  menjerit lari lintang-pukang sampai panggil bomba. 

7. Ular berbisa macam tedung selar pun kalau masuk kawasan rumah akan kena ketuk atau kena tembak. Orang tua-tua percaya, ular berbisa kalah dengan buluh. Oleh sebab itu, saya sentiasa simpan buluh di dalam rumah.

8. Ular, gagah, harimau dan segala jenis haiwan liar kalau masuk tempat yang sepatutnya tidak dimasuki akan dihalau, ditangkap dan dipindahkan ke tempat asing. Silap-silap kena bedil.

9. Macam itu jugalah manusia. Ceroboh tempat orang atau kawasan larangan akan dihukum. Ada kawasan larangan, kalau ceroboh boleh ditembak mati. 

10. Kita negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kita pilih wakil ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Itu hak mutlak setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas kecuali banduan di dalam penjara dan orang yang akalnya tidak sempurna.

11. Raja-raja kita bersemayam di atas takhta seperti kata lagu Negaraku, "...rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta". Tempat Raja di atas takhta.

12. Katalah apa pun, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman itu seorang muda Johor yang berjaya dan disanjungi ramai. Dia orang biasa. Bukan orang kayangan atau anak orang kaya. Dia jadi Ahli Parlimen bukan kerana dilantik (macam Senator) tetapi dipilih oleh pengundi Bandar Diraja Muar. Menghinanya samalah dengan menghina rakyat jelata yang memilihnya.

13. Siapa kita, tinggi atau rendah aras kita adalah ketentuan Allah SWT. Dia telah menetapkan kedudukan (darjat) dan rezeki setiap hamba-Nya sebagai ujian dan nikmat. Perbezaan pangkat, harta dan kedudukan adalah untuk melihat sejauh mana manusia bersyukur dan berusaha.

14. "Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan Dia meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."  - (Surah Al-An'am: 165).

15. Yang berada di tempat tinggi dengan keistimewaan undang-undang dan adat resam janganlah pandang hina dan buli yang totok macam sering ditonjolkan oleh filem Bollywood.

16. Kita bukan lagi masyarakat berkasta. Surah Al-Hujurat ayat 13 menegaskan bahawa ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah, sama sekali bukan kerana kekayaan, keturunan, mahu pun bangsa, tetapi tahap ketakwaannya.

17. Jangan jadi dulang yang kata paku serpih, periuk yang kata belanga hitam. 

Terima kasih.



Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Selasa 23 Jun 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman
 

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu