Seorang wanita memandang lelaki itu bersama Bella

Seorang lelaki tua berusia lewat tujuh puluhan, berjalan perlahan-lahan menyusuri deretan anjing-anjing jalanan yang dikutip, memerhati setiap kandang sambil memberi tumpuan mendalam. Seorang penjaga wanita tempat perlindungan anjing terbiar itu menyedari kehadirannya yang begitu lama dan memutuskan untuk berjalan menuju ke arah lelaki itu.

"Boleh saya tolong carikan sesuatu, tuan?" dia bertanya mesra. "Tuan sedang mencari anjing tertentu?"

"Oh, tidak, tidak... maafkan saya. Saya cuma ingin melihat sekeliling sebentar, jika boleh," jawabnya lembut.

"Sudah tentu boleh, teruskan tuan, tiada masalah pun," jawabnya, tetapi merasa sedikit hairan dengan perwatakan tersendiri lelaki itu.

Lelaki itu menghabiskan masa yang lama bergerak dari satu kandang ke kandang yang lain, mengintai ke dalam setiap rumah anjing seolah-olah cuba bertemu secara peribadi setiap haiwan yang menghuni di tempat perlindungan itu. Dia membuat beberapa pusingan sebelum akhirnya berhenti terpaku dalam jejaknya di hadapan satu kandang yang istimewa baginya.

Di sudut yang agak jauh, merengkuk sepi di dinding konkrit, duduk seekor anjing betina. Dia tidak mengibaskan ekornya, dia tidak mendongak dengan mata yang menggoda, dia hanya duduk di sana, merenung kosong ke angkasa.

"Kenapa ya, apa kisah anjing ini?" lelaki itu bertanya.

"Itu Bella," pelayan itu mengeluh. "Dia berumur kira-kira enam tahun. Dia datang kepada kami baru-baru ini selepas dilanggar oleh kereta. Pemiliknya telah menandatangani melepaskan haknya serta-merta, dan jiran membawanya masuk. Doktor haiwan kami melakukan pembedahan, tetapi kami tidak dapat menyelamatkan kakinya. Dia sekarang berkaki tiga."

"Dan bagaimana keadaannya? Adakah dia akan dapat berlari?"

"Secara fizikal, ya. Tetapi dari segi emosi, dia tidak berjalan selangkah pun dari kandang itu sejak pembedahan. Dia hanya duduk sahaja sepenuhnya."

Lelaki itu memandang anjing itu begitu lama sekali, kemudian berbisik, "Bolehkah saya menjadikan dia anak angkat saya?"

Atendan itu teragak-agak, memandangnya dengan curiga. Lihatlah diri kamu sendiri, wahai lelaki tua, fikirnya dalam hati. Awak hampir tidak boleh berjalan sendiri. Jika sesuatu berlaku kepada awak, dia akan berakhir di sini semula.

"Kami perlu memproses permohonan tuan dan memikirkannya. Datanglah semula esok untuk mendapatkan keputusan kami," katanya sopan, cuba melengahkan masa.

Keesokan paginya, belum pun pintu pagar rumah perlindungan itu dibuka, lelaki tua itu sudah menunggu di luar.

"Oh, tuan dah sampai..." kata atendan perempuan itu sambil membuka pintu pagar. "Begini, kami sudah bercakap dengan pengarah tempat perlindungan ini. Kami tidak boleh membenarkan tuan mengambilnya sebagai anak angkat. Bella memerlukan penjagaan pasca operasi yang berpanjangan dan rawatan perubatan yang berterusan."

Lelaki itu menundukkan kepalanya, begitu ketara menahan diri dari menangis. Dia tidak membantah. Dia hanya berpaling dan perlahan-lahan berjalan menyusuri jalan keluar.

Tetapi beberapa jam kemudian, apabila kakitangan keluar untuk membersihkan kandang, mereka menyedari kehadiran kelibatnya. Dia telah kembali. Dia berdiri betul-betul di hadapan kandang Bella, bercakap dengannya dalam rungutan lembut dan nada suara yang rendah, seolah-olah Bella satu-satunya makhluk hidup di bumi yang benar-benar memahaminya.

Ini berterusan selama berminggu-minggu. Setiap hari, tanpa gagal, dia akan muncul hanya untuk berdiri di depan kandangnya, bercakap dengannya penuh kelembutan yang tidak akan goyah sama sekali.

Akhirnya, pengarah pusat perlindungan memerhati mereka dari tingkap pejabatnya dan mengeluh resah.

"Biarkan dia memilikinya. Mungkin di suatu hari nanti, mereka berdua akhirnya dapat mencari ketenangan."

Atendan itu membuka kunci pintu kandang anjing betina itu. Lelaki itu melangkah masuk dan duduk di atas konkrit betul-betul di sebelah Bella. Beberapa minit kemudian, mereka keluar dari kandang bersama-sama. Anjing itu kelihatan begitu tenang sekali, dan wajah lelaki tua itu sungguh berseri-seri. Seluruh kakitangan pusat perlindungan memerhati dengan tidak percaya apabila anjing itu meninggalkan kandangnya buat pertama kali.

Sejak hari itu, mereka mempunyai rutin harian. Bella tidak mempercayai sesiapa melainkan lelaki itu. Mereka perlahan-lahan berjalan ke sebatang pokok oak yang besar di kawasan penginapan tempat perlindungan haiwan itu, duduk bersama di bawah teduhan, dan hanya memandang kejauhan indahnya alam, dalam kesunyian tanpa kesepian.

Selepas beberapa bulan, pengarah pusat perlindungan akhirnya mendekatinya untuk memuktamadkan kertas rasmi anak angkat. Tetapi yang mengejutkan pengarah, dia menolak tanpa sebarang alasan.

Setiap kali dia meminta tandatangan, lelaki itu hanya akan mengalihkan pandangannya untuk menyembunyikan linangan air mata. Kecewa tetapi sangat ingin tahu, pengarah wanita itu memutuskan sudah tiba masanya untuk mengetahui kebenaran.

Keesokan harinya, selepas menziarahi Bella, pengarah wanita secara senyap-senyap mengikutinya dari jauh. Mereka berjalan selama lebih sejam, meninggalkan pusat bandar di belakang, sehingga dia akhirnya sampai ke sebuah bangunan batu-bata yang besar dan hilang di sebalik pintu kaca yang berat lagi tebal.

Pengarah berjalan ke pintu masuk, membaca papan tanda di dinding, dan terkaku. Ia berbunyi: "Kemudahan Penjagaan Warga Emas Jangka Panjang St. Jude."

Di dalam, dia bercakap dengan kakitangan di kaunter penyambut tetamu dan mengetahui kebenaran. Namanya Encik Walter, dan dia telah tinggal di rumah jagaan yang dibiayai negara selama lebih sepuluh tahun. Dia telah kehilangan kakinya sendiri dalam kemalangan kereta yang dahsyat sedekad lalu. Anak perempuannya telah menghantarnya ke kemudahan itu, menandatangani kertas kerja pengambilan... dan tidak pernah menunjukkan mukanya lagi selepas itu.

Pengarah tempat perlindungan itu—seorang wanita yang keras, kuat dan tabah umpama besi, yang telah kehilangan kedua-dua suami dan anak, dan yang telah membina tempat perlindungan untuk dua ratus haiwan terbiar sendirian—menangis di sepanjang perjalanan pulang.

Dalam bidang kerja kebajikannya, dia telah melihat haiwan dibuang dan ditinggalkan beribu kali. Tetapi dia tidak pernah menyedari betapa mudahnya dunia boleh melakukan perkara yang sama kepada manusia.


Terjemahan dan olahan daripada cerita di dalam Bahasa Inggeris yang dikongsi oleh rakan kami, Motorland, melalui Facebook pada Ahad, 24 Mei 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?