Seorang lagi MP pro-Rafizi disekat akses portal dana kerajaan

Portal berita terkenal Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Encik Lee Chean Chung sebagai mendakwa beliau menjadi wakil rakyat PKR kedua yang kehilangan akses kepada portal dalam talian MyKhas, yang digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan, antara lain.

Lee berkata pejabatnya tidak dapat mengakses portal tersebut sejak 29 Mei lalu, sambil menambah dia memutuskan untuk mengumumkan perkara itu kepada umum hari ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Setakat pengetahuan saya, ini mungkin kali pertama dalam sejarah negara apabila dua Ahli Parlimen kerajaan secara berturut-turut tidak lagi mempunyai akses kepada saluran peruntukan kawasan.

"Secara peribadi, saya menerima keadaan ini dengan tenang. Namun saya ingin mengemukakan satu persoalan yang amat mudah: Apakah sebenarnya kesalahan yang telah saya lakukan,” katanya.

MyKhas dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Lee, ICU berkata ia tidak akan memberikan sebarang maklum balas.

Pada 22 Mei lalu, Ahli Parlimen Subang Encik Wong Chen mendakwa akses pejabatnya ke portal tersebut disekat tanpa sebarang notis atau penjelasan.

Akses terputus ketika mohon Projek Mesra Rakyat

Wong berkata gangguan itu mula dikesan dua hari sebelum itu, sekitar jam 12 tengah hari, apabila kakitangannya cuba mengemukakan permohonan di bawah program Projek Mesra Rakyat untuk sekolah-sekolah dalam kawasannya.

Dia juga digugurkan daripada jawatan Pengerusi Malaysia Debt Ventures, yang didakwa berlaku tanpa notis awal.

Secara berasingan, Wong berkata semakan dengan beberapa lagi ahli parlimen kerajaan di Selangor, termasuk wakil PKR yang turut menghadiri pelancaran Parti Bersama Malaysia oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Encik Nik Nazmi Nik Ahmad bersamanya pada 17 Mei, mendapati mereka masih boleh mengakses portal MyKhas.

Dalam kenyataannya, Lee menegaskan pimpinan PKR perlu memberikan penjelasan yang jelas dan telus sekiranya keputusan menarik aksesnya ke portal tersebut benar-benar berkait dengan kehadirannya ke pelancaran Parti Bersama Malaysia.

“Sekiranya keputusan ini berkait dengan kehadiran saya pada majlis pelancaran parti baharu yang dipimpin oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei lalu, maka pimpinan parti seharusnya memberikan penjelasan yang jelas dan terbuka.

"Jika tindakan saya dianggap melanggar disiplin parti, tidak setia kepada parti atau menjejaskan kepentingan parti, maka proses sewajarnya perlu dilaksanakan.

"Surat amaran boleh dikeluarkan, surat tunjuk sebab boleh diminta, malah siasatan disiplin juga boleh dijalankan mengikut saluran yang ditetapkan,” tegasnya.

Lee kemudian merujuk muka surat 42 manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan peruntukan adil kepada semua ahli parlimen tanpa mengira fahaman politik melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri.

“Bukan sahaja janji tersebut masih belum direalisasikan, malah wujud persepsi bahawa peruntukan boleh diberikan kepada ahli parlimen pembangkang yang menyokong kerajaan, tetapi pada masa yang sama boleh dinafikan kepada ahli parlimen kerajaan yang dilihat terlalu lantang menyuarakan pandangan atau teguran.

"Jika hari ini seorang ahli parlimen kerajaan sendiri boleh kehilangan akses kepada saluran peruntukan atas faktor-faktor politik yang tidak dijelaskan, maka masyarakat berhak bertanya: Adakah wujud amalan dua darjat atau double standard dalam soal peruntukan kawasan,” dakwanya.

Beliau merujuk kepada enam ahli parlimen dan dua ADUN yang dipecat dari Bersatu selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lee berkata orang ramai berhak mempersoalkan kerajaan sama ada wujud layanan berbeza dalam soal peruntukan kawasan jika seorang ahli parlimen kerajaan boleh tiba-tiba kehilangan akses kepada dana tersebut.

Terjadi dalam parti perjuang reformasi

Ini kerana peruntukan itu bertujuan membiayai keperluan dan program untuk masyarakat di sesuatu kawasan, bukannya untuk manfaat peribadi ahli parlimen, katanya.

“Saya pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Semambu, Pahang. Ketika itu, saya tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional.

"Walaupun berdepan kekangan, saya terus berkhidmat dengan mengumpul dana melalui forum dan aktiviti masyarakat bersama sokongan rakyat.

"Saya tidak menyangka pengalaman yang sama kini terpaksa saya hadapi ketika berada dalam sebuah parti yang selama ini memperjuangkan agenda reformasi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?