Pihak berkuasa dan pemimpin Melayu Islam patut rasa malu bila aktivis bukan Islam lebih peka terhadap kegiatan judi di perkampungan Melayu di JB

Encik Michael Tay Chee Boon
Gambar Harian Metro oleh Mary Victoria Dass

POLIS, MBJB DAN SPRM DIYAKINI DAPAT BANTU SELESAIKAN AKTIVITI PERJUDIAN INI

Premis yang sebelum ini digunakan untuk aktiviti perjudian di Kampung Dato' Sulaiman Menteri di Johor Bahru.
Gambar Harian Metro oleh Mary Victoria Dass

Seorang penggiat masyarakat bukan Melayu-Islam berpandangan tindakan penduduk 'turun padang' bagi membantah aktiviti perjudian di Kampung Dato' Sulaiman Menteri di Johor Bahru baru-baru ini memberi isyarat penting kepada pelbagai pihak yang berkaitan.

Aktivis masyarakat tersebut, Encik Michael Tay Chee Boon berkata, ia memberi isyarat bahawa masyarakat semakin rimas dengan aktiviti berkait perjudian terutamanya apabila ia berlaku di kejiranan mereka sendiri.

Katanya, seperti dilaporkan, beliau memahami masyarakat amat sensitif apabila wujud satu aktiviti tidak sihat di kawasan penempatan mereka apatah lagi di kawasan yang majoritinya penduduk Islam.

"Peranan pihak berkuasa semestinya paling utama. Setiap aduan yang diterima mesti diambil tindakan dengan cepat dan berkesan untuk meyakinkan penduduk.

PBT dipercayai merujuk kepada MBJB

"Selain polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga seharusnya memainkan peranan tuntas termasuk menyita premis terbabit.

"Apa yang berlaku di Kampung Datuk Sulaiman Menteri wajar dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia akan menjadi suatu yang 'kurang sihat' apabila penduduk bertindak sendiri," katanya.

Micheal berkata, beliau juga bimbang apa yang berlaku itu mewujudkan tanggapan negatif berkaitan undang-undang negara seolah-olah ia tidak mampu membanteras aktiviti judi haram.

Menurutnya, semua harus menyedari hubungan polis dan masyarakat adalah penting kerana ia nadi kepada kestabilan sosial dan keamanan.

"Masyarakat bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tepat, sekali gus membantu mengekang aktiviti jenayah secara berkesan," Michael dipetik akhbar Harian Metro sebagai berkata seperti dilapor semalam.

Kelmarin akhbar Harian Metro juga ada melaporkan kira-kira 20 penduduk 'turun padang' bagi membantah aktiviti perjudian haram di Jalan Cempaka, Kampung Dato' Sulaiman Menteri di Johor Bahru baru-baru ini dan tindakan itu tular di media sosial TikTok.

Ketua kampung merangkap pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Mohd Zain Sungib menyatakan, bantahan aman itu diadakan selepas isu aktiviti perjudian haram di perkampungan itu tiada penyelesaian.

Biarpun terdapat tindakan dilakukan pihak berkuasa namun aktiviti perjudian masih dijalankan secara bebas hingga dikhuatiri mengakibatkan lebih ramai penduduk terutama umat Islam terjebak.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri