Pesanan PH Vs Bersama Di Bukit Kepong
Akmal Nasir dan Syed Ibrahim sudah tukar pendirian?
Malaysiakini melaporkan Pengerusi PKR Johor yang juga Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh hari ini kelihatan turun berkempen di kawasan parlimen berjiran dengan Pagoh, bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH) di Bukit Kepong bersama anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Adam Adli Abd Halim.
Syed Ibrahim sebelum ini merupakan sekutu Rafizi Ramli ketika ahli parlimen Pandan itu berada di dalam PKR tetapi tidak mengikut langkahnya keluar parti.
Walaupun parti baru Rafizi, Bersama tidak bertanding di Bukit Kepong atau mana-mana kerusi di Ledang, Syed Ibrahim menegaskan apabila berlaku pertembungan antara parti logo kancil itu dengan PH, maka gabungan tersebut perlu menang.
“Dari segi cara kaedah tu yang penting sebenarnya bukan berkenaan dengan apa perselisihan, tapi yang lebih penting apa yang kita nak bawa perubahan.
“Sebagai PH, kita ada strategi dan kaedah kita untuk bagi kesan, bagi faedah kepada rakyat.
“Parti Bersama pun macam tu, jadi pesta demokrasi kita saling hormat menghormati, masing-masing ada strategi.
“Tapi ada hanya seorang akan menang, jadi untuk kita, kita nak menangkan calon PH,” katanya kepada pemberita dengan gaya biasanya yang lembut.
Terdahulu, portal berkenaan bertanya pandangannya sama ada Bersama akan memberi kesan negatif kepada PH.
Syed Ibrahim sebelum ini sebahagian daripada pasukan Rafizi ketika pemilihan PKR 2025, yang menyaksikan Rafizi disingkirkan daripada jawatan timbalan presiden parti.
Selepas itu, dia antara ahli parlimen yang bergabung dengan Rafizi bagi menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pelantikan kehakiman.
Dia kemudian dibawa masuk oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan dilantik sebagai timbalan menteri sumber asli dan kelestarian alam.
Sejak itu, dia dan seorang lagi sekutu Rafizi yang turut dibawa masuk ke Putrajaya, Akmal Nasir, tidak secara terbuka menunjukkan sebarang sokongan kepada pemimpin bersama Bersama itu.
Bagaimanapun, Rafizi berkata dia telah memberitahu sekutu-sekutunya dalam kalangan ahli parlimen PH supaya kekal di kedudukan masing-masing buat masa ini, demi memastikan kerajaan stabil, dan hanya membuat langkah selepas Parlimen dibubarkan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment