Parti baharu Hamzah Zainuddin cetus spekulasi menyokong Yang di-Pertuan Besar lantikan Undang Luak Berempat Negeri Sembilan

Bekas timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar, atas), dilantik sebagai presiden parti politik baharu, Parti Wawasan Negara.

Ahli politik veteran terkenal, Tan Sri Rais Yatim yang keluar daripada Bersatu pada April lalu, dinamakan sebagai pengerusi parti itu, portal berita Malaysiakini memetik laporan Harakah Daily.

Perlantikan Rais mencetuskan spekulasi hangat kemungkinan parti itu akan menyokong mana-mana pihak yang menuntut jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, memandangkan peranannya sebagai penasihat dan peguam kepada Undang Yang Empat negeri berkenaan.

Sementara itu, dilaporkan juga bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Johor, Encik Tan Lek Khang dilantik sebagai timbalan presiden, manakala bekas Ahli Bersatu dan bekas ketua UMNO bahagian Temerloh, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai setiausaha agung.

Portal berkenaan turut memetik lidah rasmi PAS itu sebagai melaporkan bahawa Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, dilantik sebagai ketua penerangan.

Menurut laporan itu, lima naib presiden dilantik daripada pelbagai latar belakang, iaitu: Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan;  Bekas presiden Parti Cinta Malaysia Encik Huan Cheng Guan; bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Pahang Encik Leong Kim Soon;  dan tokoh korporat Encik Omar Mustapha.

Pelantikan penting lain termasuk bekas pemimpin Bersatu Wilayah Persekutuan Encik Badrul Ezan Mohd Yusof sebagai setiausaha eksekutif, serta Encik Arifin Tobias sebagai bendahari agung.

Arifin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Hamzah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

Selain itu, parti berkenaan turut mengumumkan senarai 25 ahli jawatankuasa pusat, antaranya: bekas setiausaha Bersatu Gerik Encik Fathul Huzir Ayob; bekas pemimpin Bersatu Encik Azahari Hasan; bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah; Encik Tan Tee Beng yang meninggalkan PKR pada 2010 untuk menjadi ahli politik bebas; bekas pemimpin Bersatu yang dipecat Encik Suhaimi Mohd Ghazali; bekas ketua Bersatu Johor Bahru, Yang juga bekasvpenyampai Radio Bernama  Encik Zulkifli Bujang; bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Wilayah Persekutuan Encik Simon Suresh V Varunamegam; dan bekas presiden Perkasa Tuan Syed Hasan Syed Ali.

Pengumuman itu dibuat selepas Hamzah dan beberapa tokoh Parti Wawasan Negara berhimpun di Petaling Jaya bagi menghadiri mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan.

Pada Konvensyen Reset pada 13 Jun lalu, Hamzah mendedahkan penubuhan Parti Wawasan Negara, dengan nama parti itu dikatakan diberikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perkembangan itu berlaku empat bulan selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu susulan pergeseran berpanjangan dalam parti berkenaan serta pertikaian kepimpinan dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor