Orang Asli banjiri pejabat Zahid, gesa Putrajaya hentikan perobohan, iktiraf tanah adat


Perhimpunan diadakan lebih sebulan selepas pihak berkuasa merobohkan sebuah perkampungan suku Jakun, kata MalaysiaNow 

Ribuan Orang Asli dari seluruh negara kelmarin berhimpun di luar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya, lebih sebulan selepas pihak berkuasa di Pahang merobohkan beberapa rumah masyarakat Jakun untuk memberi laluan kepada sebuah syarikat perladangan yang diberikan pajakan atas tanah didiami penduduk.

Perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendesak Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bersama beberapa kumpulan hak Orang Asli, termasuk Gabungan NGO Orang Asli Semenanjung Malaysia dan sayap tempatan aktivis alam sekitar antarabangsa, Greenpeace.

Peserta membawa sepanduk mengutuk perobohan kira-kira 20 rumah di Pekan, Pahang pada 4 Mei lalu, tindakan yang menurut mereka  semakin kerap berlaku tanpa menghiraukan hak tanah adat untuk melindungi perkampungan Orang Asli.

"Henti! Henti tindas kami! Henti! Henti pembalakan! Henti! Henti perlombongan! Henti! Henti perladangan!" antara laungan yang kedengaran di luar bangunan kementerian yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam dan presiden Peka, Encik Rajesh Nagarajan, berkata kerajaan perlu segera memastikan tanah didiami masyarakat Orang Asli tidak boleh diambil alih oleh mana-mana syarikat swasta.

"Kerajaan negeri ambil tanah Orang Asli dan beri kepada pemaju. Kita mahu kerajaan hentikan perkara ini. Jangan beri tanah Orang Asli kepada pemaju."

Rajesh mengecam Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan menggesa Zahid memecat ketua pengarahnya.

"Jakoa tidak jaga kebajikan. Kita mahu ketua pengarah Jakoa letak jawatan serta-merta," katanya.

OrangAsli_protest2_Putrajaya_120626_Mnow

Peserta perhimpunan kemudian menggesa Zahid hadir sendiri menerima memorandum mereka, yang antara lain menuntut kerajaan mengiktiraf status tanah adat Orang Asli dan menghentikan sepenuhnya perobohan penempatan masyarakat itu di seluruh negara.

Mereka turut menyatakan bantahan apabila diumumkan bahawa wakil Zahid akan menerima memorandum itu, sambil bertegas tidak mahu berganjak sehingga timbalan perdana menteri sendiri menemui mereka.

Ketika seorang pegawai khas Zahid akhirnya tiba untuk menerima memorandum tersebut, peserta himpunan melaungkan rasa tidak puas hati.

Penganjur kemudian memberitahu peserta bahawa mereka telah menuntut sesi perbincangan dengan pihak kementerian melibatkan wakil Orang Asli, sambil mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya ia gagal dilaksanakan.

Perhimpunan pada hari Jumaat, 12 Jun 2026, turut menyaksikan wakil daripada 19 kumpulan etnik Orang Asli dari seluruh Semenanjung bergilir-gilir menyampaikan ucapan.

Salah seorang daripada mereka, yang terkesan dengan tindakan pihak berkuasa meroboh rumah Orang Asli di Pekan pada 4 Mei, menceritakan bagaimana pegawai penguat kuasa hadir di kampung itu ketika penduduk tidak berada di rumah.

"Ketika itu kami menjalani kehidupan seperti biasa. Ada yang mencari rezeki di hutan, ada yang menghantar anak ke sekolah."

Menurutnya, perobohan itu dijalankan bagi pihak sebuah syarikat bernama SRS Makmur Sdn Bhd.

"Namun kami tidak diberikan notis yang sah, tiada ruang perbincangan yang adil. Di mana suara kami dalam keputusan merosakkan rumah kami sendiri?" tambahnya.

Beberapa wakil lain memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil serius tuntutan Orang Asli.

"Saya sebagai wakil Orang Asli, tidak mahu Orang Asli Semenanjung Malaysia diperkotak-katikkan dengan politik bodoh. Kepada menteri-menteri yang ambil hak tanah adat, pulangkan kepada Orang Asli.

"Kami bukan ambil tanah haram, tapi tanah Orang Asli sendiri," kata jurucakap dari Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM).

"Kami tak datang dari mana-mana, dan tak akan pergi mana-mana. Jangan guna polis untuk gertak orang kampung.

"Kami mahu kerajaan Malaysia memohon maaf kepada Orang Asli atas kesilapan pentadbiran mereka. Masih ada jalan tanah merah di perkampungan Orang Asli. Di kampung-kampung lain, ada jalan tar."


Sumber berita dari MalaysiaNow.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri