Kitaran Cinta—Lelaki Hebat, Wanita Berusia dan Isteri Jelita Sarat Hamil
Pada suatu lewat petang, seorang lelaki ternampak seorang wanita berusia meniti ke alam tua terdampar di bahu lebuh raya. Walaupun dalam senja yang semakin pudar, dia dapat merasakan wanita lewat 50an itu memerlukan bantuan. Dia memperlahankan Proton Saga Iswara usang yang dipandunya ke hadapan kereta Mercedes wanita itu, enjin lamanya tersekat-sekat dan terbatuk-batuk ketika dia melangkah keluar dalam kesejukan tengkujuh.
Walaupun senyuman meyakinkan di wajah lelaki itu, wanita itu ketakutan. Dia telah berdiri di sana selama lebih sejam, dan kereta terus berdengung lalu. Adakah lelaki itu akan menyakitkannya? Dia rasa tidak selamat dan bimbang—lelaki itu nampaknya macam orang miskin, letih dan lapar.
Lelaki itu dapat membaca rasa panik di mata wanita ketika dia berdiri menggigil kesejukan. Dia tahu jenis kedinginan tertentu itu—satu-satunya ketakutan yang boleh merebak.
Dia berjalan dan berkata dengan lembut, "Saya di sini hanya untuk membantu, puan. Kenapa tidak tunggu di dalam kereta, tidak kesejukan dan terlindung dari hujan? Err, nama saya Deddy M Borhan."
Ia hanya tayar pancit, tetapi bagi seorang wanita yang menuju usia warga emas, ia adalah halangan yang tidak dapat diatasi. M Borhan merangkak di bawah casis untuk mencari tempat yang kukuh bagi meletakkan bicu, mengikis buku jarinya beberapa kali dalam proses itu. Tidak lama kemudian, dia berjaya menukar tayar, ditutup sepenuhnya dengan kotoran jalan, tangannya sakit akibat logam sejuk.
Semasa dia mengetatkan skrew, wanita itu menurunkan tingkapnya dan mula bercakap dengannya. Dia memberitahu dia berasal dari Kuantan dan melalui jalan ini. Dia memberitahu M Borhan bahawa dia terhutang budi kepadanya kerana telah menyelamatkannya dari tersadai akibat tayar kereta pancit.
M Borhan hanya tersenyum sambil merenggangkan jack ke bawah dan menyelesaikan kerja pertukaran tayar dengan sempurna. Wanita itu bertanya berapa banyak Wang perlu dibayar kepada M Borhan. Baginya, apa-apa jumlah pun okay sahaja. Bermain di fikirannya semua senario terburuk tentang apa yang boleh berlaku jika dia tidak berhenti.
Tetapi M Borhan langsung tidak memikirkan soal gaji. Baginya, ini bukan kerja—ia hanya muncul untuk seseorang dilanda masalah. Allah tahu berapa ramai orang telah menarik diri untuk membantunya dalam kehidupannya sendiri. Begitulah cara dia hidup, dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bertindak membalas dendam kepada orang lain pula.
Dia memberitahu wanita itu bahawa jika dia benar-benar mahu membayar, dia hanya perlu melakukannya kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang mungkin ditemui pada masa akan datang.
Dia berdiri di tepi jalan dan memerhati kereta wanita itu berlalu sehingga lampu belakangnya hilang dari pandangan dalam suasana gelap gelita. Hari itu adalah hari yang suram dan membeku, tetapi ketika dia memulakan perjalanan memandu Proton Saga Iswara miliknya dan menuju ke rumah, dia merasakan kehangatan yang mendalam di dadanya.
Sedang melepasi puluhan kilometer di perjalanan, wanita itu melihat papan tanda neon kedai makan kecil di tepi jalan di Temerloh. Dia memutuskan untuk singgah, menjamah sesuatu untuk dimakan, dan melegakan diri sebelum menyambung baki pemanduan ke Karak. Terlihat nozel klasik yang lapuk dengan dua pam antik bagi mengisi minyak RON95 bersubsidi yang terletak di hadapan. Seluruh tempat itu terasa seperti dunia yang berbeza baginya.
Teh Faridah yang sarat mengandung
Teh Faridah, pelayan kedai makan, berjalan menghampirinya dan menghulurkan tuala bersih untuk mengeringkan rambutnya yang basah. Faridah melemparkan senyuman yang manis dan tulen—senyuman yang tidak dapat dihilangkan walaupun memejamkan mata. Wanita itu perasan pelayan itu sedang sarat mengandung, mungkin kira-kira lapan bulan kandungannya. Namun, di sebalik ketegangan fizikal dan keletihan yang ketara, dia tetap melaksanakan tugasnya dengan ikhlas, sepenuh perhatian dan mesra.
Wanita itu duduk di sana tertanya-tanya bagaimana seseorang yang jelas mempunyai begitu sedikit kemampuan fizikal boleh memberikan begitu banyak layanan kepada orang yang tidak dikenali. Lalu terlintas wajah M Borhan di fikirannya.
Selepas selesai makan, dia membayar dengan wang seratus ringgit. Pelayan berjalan ke meja daftar untuk mengambil tukaran bakinya, tetapi pada masa dia berjalan kembali ke meja, wanita itu sudah tiada.
Terkelip mata Teh Faridah kebingungan memandang sekeliling gerai kosong itu. Kemudian, dia ternampak sesuatu tertulis pada kertas tisu.
Air matanya bergenang apabila membaca kata-kata di tulisan itu:
"Anda tidak berhutang apa-apa kepada saya. Saya pernah berada di tempat anda berada. Seseorang pernah menunjukkan rahmat kepada saya, sama seperti saya menunjukkan kepada anda hari ini. Jika anda benar-benar mahu membayar saya kembali, jangan biarkan rantai cinta ini berakhir dengan anda."
Terselit kemas di bawah napkin kertas tisu itu ada lagi wang kertas sembilan ratus ringgit.
Dia masih mempunyai meja untuk dikemas kini, penggoncang gula untuk diisi semula, dan pelanggan untuk dijaga, tetapi dia meneruskan dan menamatkan syifnya dengan sepenuh hati dan sempurna.
Lewat malam itu, dia akhirnya merangkak ke katil di sebelah suaminya yang sedang tidur. Sambil merenung siling, memikirkan tentang wang dan kata-kata pelanggan Yang tidak dikenali itu, dia tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh tahu betapa terdesaknya mereka. Dengan bayi Yang bakal lahir bulan depan, masa akan menjadi sangat sukar.
Dia tahu betapa suaminya telah begitu gelisah dan risau, tidak dapat tidur memikirkan kekurangan wang untuk menampung perbelanjaan. Dia berpaling kepada suaminya, mencium pipinya dengan lembut, lalu berbisik kepadanya di dalam kegelapan:
"Semuanya akan baik-baik saja bang. Aku cinta kamu, wahai M Borhan."
Diterjemah dan diolah daripada kisah di dalam Bahasa Inggeris yang dikongsikan melalui media sosial oleh rakan kami, Motorland semalam, Rabu 17 Jun 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment