Ketua Polis Johor sahkan Puad Zarkashi disiasat

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Polis Kontinjen Johor mengesahkan telah menerima 153 laporan polis di seluruh negara setakat petang ini berhubung kenyataan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa terdapat campur tangan pihak Istana dalam pembubaran Dewan Negeri Johor.

153 laporan polis terhadap Puad lepas dakwa 'UMNO boneka istana'

Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad (gambar atas sekali) berkata, laporan tersebut diterima daripada pelbagai pihak termasuk bekas Exco Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

"Setakat jam 3.00 petang, sebanyak 153 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia dan pihak polis menjangkakan jumlah laporan ini akan terus meningkat.

"Siasatan sedang dijalankan di bawah beberapa peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, hukuman jika disabitkan kesalahan kali pertama ialah denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan berikutnya boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun.

Bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pula iaitu mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan tidak membuat sebarang komen atau spekulasi yang boleh menimbulkan kegelisahan awam.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan yang melanggar undang-undang, katanya.

Terdahulu, Puad Zarkashi yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan keluar parti serta-merta hari ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu