Gesaan Muhyiddin kembali menjadi Pengerusi PN

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan slogan "Kerahan Mobilisasi Segera: Himpunan PN Bangkit".

Poster itu turut menggesa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kembali memegang jawatan Pengerusi Majlis Tertinggi PN.


Astro Awani melaporkan Perikatan Nasional (PN) menegaskan sebarang aktiviti atau mesyuarat yang menggunakan nama gabungan itu tidak boleh diadakan tanpa keizinan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu dimaklumkan selepas gabungan berkenaan menerima maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung perubahan kepimpinan dan pentadbiran parti pada hari ini.

Justeru, adalah dipertegaskan bahawa sebarang aktiviti mahupun mesyuarat yang menggunakan nama PN tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan keizinan Pengerusinya,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Takiyuddin berkata maklum balas ROS itu mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN bertarikh 22 Februari 2026.

Menurut beliau, ROS turut mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi yang meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN sebelum ini serta pelantikan pengerusi baharu gabungan berkenaan.

Pada masa sama, ROS mengesahkan penerimaan salinan Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Bilangan 1 Tahun 2026 bertarikh 14 Mac lalu.

Penerimaan itu turut merangkumi senarai kepimpinan serta pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi PN yang baharu untuk direkodkan oleh jabatan berkenaan.

“Sehubungan itu, PN kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan slogan "Kerahan Mobilisasi Segera: Himpunan PN Bangkit".

Poster itu turut menggesa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kembali memegang jawatan Pengerusi Majlis Tertinggi PN. Poster itu turut menyeru penyokong Muhyiddin supaya hadir dengan mengenakan pakaian berwarna biru serta membawa bendera PN ke hadapan Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya FFS pada jam 8 malam sempena Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Untuk rekod, Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN pada Februari lalu selepas melepaskan jawatan Pengerusi gabungan itu pada 1 Januari 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman
 

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri