DUN Johor bubar, PRN dalam tempoh 60 hari

Media di Malaysia hari ini hampir serentak melaporkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini.

Katanya pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menghadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail pada hari ini 1 Jun 2026.

“Sehubungan itu atas titah perkenan Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran DUN Johor Darul Takzim telah diperkenankan berkuat kuasa 1 Jun 2026 iaitu pada hari ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu berkata pembubaran tersebut dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri.

“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

“Saya menyeru kepada semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi ini dengan penuh adab, tertib dan berhemah.

“Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan permuafakatan bangsa Johor,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru.

Keputusan kerajaan negeri itu sekali gus memboleh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam tempoh 60 hari dari hari ini.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi secara keseluruhan.

Dalam PRN sebelum ini - yang diadakan pada 2022 - BN memenangi 40 kerusi dan membolehkan gabungan itu mentadbir negeri.

Selain itu PH pula berjaya meraih 12 kerusi, manakala PN memenangi tiga kerusi, dengan satu lagi baki kerusi diwakili Muda.

Mahu penyelarasan lebih baik

Pada 16 Mei lalu Onn Hafiz mengisytiharkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi negeri secara solo, sekali gus mencetuskan reaksi tidak puas hati daripada PH.

Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, menegaskan gabungan itu akan bertindak balas terhadap sebarang pembubaran DUN Johor dengan langkah yang sama di Negeri Sembilan dengan PH juga akan bertanding di semua kerusi secara solo.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia akan memanggil pemimpin-pemimpin PH tidak lama lagi untuk membincangkan kemungkinan PRU mengejut memandangkan penggal kerajaan persekutuan hanya akan tamat pada Dis 2027.

Namun begitu, Bernama kemudian melaporkan Anwar sebagai berkata, bahawa dia akan bertemu Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai PRN Johor.

Seperti diimbau Malaysiakini, minggu lalu, Pemuda DAP menggesa agar parlimen dibubarkan segera jika BN Johor berhasrat bertanding secara solo dalam PRN akan datang.

DAP secara konsisten menegaskan pendirian mereka bahawa PRU dan PRN wajar diadakan secara serentak, dengan Loke berhujah pada September tahun lalu bahawa langkah itu dapat memastikan penyelarasan lebih baik dalam persediaan parti serta mengurangkan kos.

Pada Februari pula Loke dilapor menegaskan bahawa pendirian itu tidak berubah kerana pilihan raya berasingan akan mengganggu pentadbiran negara dan menjejaskan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar dengan berkesan.

Perkembangan terkini turut menyaksikan DAP menjadi perhatian susulan pendirian Adun Skudai, Puan Marina Ibrahim, yang enggan lagi bertanding, malah bersara daripada politik.

Walaupun Marina tidak menyatakan sebabnya, satu surat bertarikh 30 Mei telah tular di media sosial yang didakwa menunjukkan dia menolak tawaran untuk meninggalkan Skudai dan bertanding di kerusi DUN Tiram, serta cadangan agar dia dilantik ke sebuah entiti berkaitan kerajaan jika kalah.

Parti Bersama juga dijangka akan bertanding dalam PRN Johor dengan pemimpinnya Datuk Seri Rafizi Ramli berkata persiapan sedang dipercepatkan supaya calon dapat digerakkan lebih awal sebelum tempoh kempen bermula.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?