Boss J-Kom yang baru dilantik perlu letak jawatan

Syam Ghaz terlalu ghairah

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baru dilantik, Encik Hisyamuddin Ghazali, atau nama glamor, Syam Ghaz, menerima kecaman selepas menggelar dua pengkritik kerajaan sebagai “Cina sesat” di Facebook.

Demikian menurut pemerhatian dan laporan portal berita terkenal Malaysiakini hari ini.

Syam Ghaz menerima kritikan daripada ahli politik pembangkang mahupun kerajaan berikutan kenyataan yang dilihat berunsur perkauman.

Ketua Penerangan Bersatu, Encik Tun Faisal Ismail Aziz berkata, adalah tidak wajar bagi seorang pegawai kerajaan seperti Hisyamuddin membuat kenyataan berbaur perkauman dan menggesa agar dia dipecat.

"Ini akibat apabila lantikan PM10 dan Menteri Komunikasi tidak tahu tempat dan statusnya dalam kerajaan.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Syam Ghaz, jelas tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pegawai kanan kerajaan yang dibayar gajinya menggunakan duit cukai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal berkata hantaran itu bukan sahaja tidak beradab, menunjukkan tahap profesionalisme yang rendah dan melanggar tata etika Penjawat Awam, tetapi juga berbau perkauman dan penghinaan, serta mencemarkan imej kerajaan Madani PH-BN dan PM10.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan turut menuntut Kementerian Komunikasi mengarahkan Hisyamuddin mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atau disingkirkan daripada jawatan tersebut.

Parti itu juga mengkritik DAP dan timbalan menteri komunikasi, Puan Teo Nie Ching, kerana didakwa berdiam diri berhubung kesalahan Hisyamuddin.

“Jika perkataan seperti ini digunakan oleh pihak pembangkang, sudah tentu DAP paling lantang bercakap tentang 3R (kaum, agama dan raja), perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

“Tetapi apabila ia datang daripada pegawai kerajaan yang baru dilantik, mengapa DAP diam?

“MCA menuntut Teo Nie Ching dan Kementerian Komunikasi menyatakan sama ada kenyataan itu boleh diterima atau tidak, mengarahkan Syam Ghaz memohon maaf secara terbuka atau memecat dia, serta menjelaskan sama ada tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.

Parti komponen BN itu juga menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa J-Kom tidak akan digunakan sebagai jentera propaganda partisan yang dibiayai wang rakyat.

Gaji dibayar guna wang rakyat

Penganalisis politik pro-BN, Encik Eric See-To turut menyindir DAP dengan bertanya kepada setiausaha agungnya, Encik Anthony Loke Siew Fook sama ada dia juga menggelarkan dirinya sebagai “Cina sesat” seperti dalam hantaran Hisyamuddin.

“Anthony Loke Siew Fook, adakah anda juga ‘cina sesat’? Ini daripada ketua J-Kom baru anda yang dibayar menggunakan dana awam — wang rakyat termasuk cukai daripada rakyat Cina.

“Apa komen DAP dan PKR?” katanya di Facebook.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Annuar Musa pula menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.

Beliau berkata sebagai ketua J-Kom, Hisyamuddin sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukannya menghina sesiapa dengan kenyataan berunsur perkauman.

“J-Kom adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar- dasar kerajaan kepada rakyat, bukan bertindak emosi di media sosial.

“Dalam negara ini kita tidak perlukan sikap kebencian melampau apa lagi atas nama kaum atau bangsa.

“Islam menolak perkauman dan sikap asabiyyah,” katanya.

'Tugas saya bantu PMX’

Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom pada 8 Jun, menggantikan Ismail Yusop yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Sejak itu beliau kerap memuat naik hantaran di media sosial dan dilihat bersikap agresif terhadap pengkritik kerajaan.

Kenyataan berbaur perkauman itu berlaku semalam apabila dia membuat hantaran terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan Eric See-To, yang turut digelar sebagai "balaci" pembangkang.

“Balaci pembangkang Eric Lim Sian See dan Albert Tei sebelum ni 24 jam serang PMX Anwar Ibrahim, kini hadap saya seorang ja.

“Oklah, tugas saya bantu PMX supaya fokus bangunkan negara berjaya.

“Dua Cina sesat tu bagi kami uruskan. Jalan terus!” tulisnya di Facebook pada 5.37 petang.

Bagaimanapun, hantaran asal tersebut telah disunting sebanyak dua kali, di mana dia membuang perkataan “Cina” dan kemudian “balaci”, namun perubahan itu masih kelihatan dalam sejarah suntingan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri