Akhirnya Zaid Ibrahim yakin dengan kredibiliti PAS
S Thayaparan ialah kolumnis terkemuka Malaysiakini. Terkenal dengan ulasannya yang tajam dan tidak mudah menukar pendirian, artikelnya banyak menumpukan kepada politik Malaysia, akauntabiliti institusi, kaum dan agama, dan dasar pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim
Semuanya betul. Selama bertahun-tahun, saya percaya PAS tidak sesuai untuk mentadbir negara kerana mereka bercakap tentang konsep tradisional negara Islam. PAS juga tidak sesuai untuk orang Melayu, jika mereka mengikuti model itu.
Hari ini, gagasan PAS tentang negara Islam telah berkembang; yang menangani ketidaksamaan, pengagihan semula kekayaan, dan undang-undang yang tidak adil.
Rujukan kepada ucapan Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini akan menunjukkan jalan mengikut perkembangan masa.
PAS bukan lagi parti tahun 90an. Ia kini telah berubah menjadi sebuah parti demokrasi yang mencari mandat rakyat berbilang kaum untuk mentadbir negara.
PAS bukan lagi parti ulama. Ia mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada orang Melayu biasa. Ramai daripada mereka berpendidikan tinggi, teknokrat, dan profesional dalam pelbagai bidang. PAS menderita dengan imej masa lalu, tetapi itu boleh diselesaikan.
PAS tidak meminta saya menolak pandangan saya tentang mereka sebelum menerima saya. Mereka tidak meminta pengakuan kesilapan saya. Mereka menerima saya seadanya, dan saya menerima mereka seadanya hari ini.
Untuk menjadi berguna kepada PAS, saya perlu menumpukan usaha saya untuk mengurangkan kemiskinan, membawa keadilan kepada rakyat, dan, jika boleh, memodenkan pentadbiran negara. PAS adalah platform yang paling sesuai untuk rancangan saya.
Saya tidak perlu mengubah falsafah pemerintahan parti, berada dalam Majlis Syura, atau melakukan perubahan besar-besaran bertentangan dengan pandangan Presiden. Terdapat ruang yang cukup dalam PAS untuk saya melakukan apa yang saya boleh, dan mengikut kemampuan saya, untuk membantu negara.
Dipetik, diterjemah dan diolah daripada hantaran dalam Bahasa Inggeris di Facebook oleh Datuk Zaid Ibrahim semalam.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment