Ahli Parlimen lantang PKR perjelas ketertiban kerajaan Madani dalam urusan pemberian kewangan kepada negeri-negeri

Hassan berkata Perkara 109 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pada setiap tahun kewangan, Kerajaan Persekutuan hendaklah memberi kepada setiap negeri suatu pemberian yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala berdasarkan peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh.
Gambar Fail Astro Awani

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor, Encik Hassan Abdul Karim dilaporkan berkata kerajaan MADANI berpandukan kepada undang-undang bertulis dan Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pemberian kewangan kepada negeri-negeri termasuk Johor, kata agensi berita rasmi negara Bernama kelmarin.

Hassan dalam satu kenyataan berkata Perkara 109 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pada setiap tahun kewangan, Kerajaan Persekutuan hendaklah memberi kepada setiap negeri suatu pemberian yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala berdasarkan peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh.

Hassan yang juga seorang peguam berkata di bawah Perkara 110(1) pula, setiap negeri hendaklah menerima segala hasil daripada cukai, fi dan sumber hasil lain seperti dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Kesepuluh.

“Sekiranya mana-mana pihak kerajaan negeri tidak berpuas hati, maka Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan undang-undang di mana masalah tersebut dirujuk kepada Majlis Kewangan Negara yang menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 108(4) untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada negeri-negeri,” katanya.

Justeru, beliau berkata berdasarkan peruntukan undang-undang bertulis sedia ada, mana-mana Kerajaan Negeri Johor yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini boleh membawa isu pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Kewangan Negara.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam sesi bersama rakyat Johor semalam bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan sebahagian hasil yang dikutip daripada Johor secara lebih munasabah bagi membolehkan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Baginda bertitah Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan, namun hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dipulangkan semula kepada negeri itu untuk memenuhi keperluan hampir lima juta penduduk.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu