Adakah anda di dalam ketakutan?

Bekas perdana menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud persekitaran yang menakutkan di negara ini apabila rakyat berasa keselamatan diri mereka terancam.

Pemimpin veteran berusia lebih satu abad itu berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada diri mereka seperti hilang, ditemui mati atau diculik.

"Mereka tidak merasakan perlindungan undang-undang. Malah undang-undang menjadi satu ancaman. Ia mungkin digunakan untuk menghalalkan salah laku.

"Ia mungkin disalahgunakan. Perbuatan yang salah mungkin dihalalkan dan yang betul (mengikut undang-undang yang sama) mungkin menarik hukuman. Perbuatan jenayah yang jelas telah diampunkan," katanya dalam satu hantaran di media sosial, malam semalam.


Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Kedah itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebarang kejadian yang didakwanya itu.

Mengulas lanjut, Mahathir mendakwa jenayah serius yang jelas berlaku tidak disiasat, sebaliknya apabila tiada jenayah dilakukan, siasatan pula dihentikan atas arahan pihak tertentu. (Kurang faham).

Katanya, situasi semasa ini memberikan gambaran seolah-olah negara tidak lagi ditadbir mengikut prinsip kedaulatan undang-undang.

"Ia amat menakutkan," katanya lagi seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organis asi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri