Madani kerah Siti Nurhaliza menyanyi lagu Malaysia Madani, kata pengkritik pro-Najib
Penampilan istimewa Fahmi Fadzil tidak membantu mempopularkan lagu Malaysia Madani
"Saya agak kecewa: Bila saya tanya siapa tahu nyanyi lagu Malaysia Madani, tidak ada seorang pun jawab 'ya'," begitulah sindiran pedas dari seorang penulis politik penyokong tegar bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Dalam hantarannya di Facebook sebentar tadi, Eric See-To -Lim Sian See berkata: "Bukan apa. Sebab saya pun sebenarnya tak tahu lagu itu macam mana bunyinya.
Katanya, sebab itu dia sendiri pergi cari di YouTube. Eric berpandangan memang menarik juga bila banding lagu 1Malaysia dengan lagu-lagu Malaysia Madani.
Dakwanya, video lagu 1Malaysia dalam screenshot itu bukan pun muat naik rasmi. Dia tidak pasti ke mana hilangnya video rasmi asal.
Tetapi walaupun cuma re-upload biasa, lagu 1Malaysia masih mencatat 5.5 juta tontonan.
" Lagu itu pula bukan dinyanyikan oleh penyanyi paling popular negara. Ia dikaitkan dengan produksi Limkokwing, dengan vokal seperti Ronnie dan Ernie bersama kumpulan/korus produksi tersebut," katanya.
Menurut Eric, sampai hari ini, ramai rakyat masih ingat melodinya.
Beliau lalu membandingkannya dengan lagu Malaysia Madani.
"Versi Bunkface, siap ada kemunculan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, hanya sekitar 256 ribu tontonan dalam screenshot.
"Kemudian cubaan kedua Madani masih sekitar 828 ribu tontonan, walaupun Madani kerah Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara untuk menyanyi,' sindirnya.
Penulis politik itu berpendapat ada beza besar antara lagu yang orang ingat kerana ia melekat dan penuh makna, dengan lagu yang orang nampak kerana ia dipromosi sebagai propaganda politik.
Yang lama, walaupun video rasmi hilang, masih hidup melalui re-upload.
"Yang baru, walaupun ada Bunkface, ada menteri muncul, ada Siti Nurhaliza, ada status rasmi, masih belum mampu lawan impak lagu lama," kata Eric.
Saya nak tanya Eric satu soalan: Kalau lagu Madani itu propaganda politik, adakah lagu 1Malaysia bukan propaganda politik?
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.









Comments
Post a Comment