Yayasan Kubra dakwa mereka pemilik sah tanah tapak kuil dirobohkan

Perobohan kuil berlaku selepas gagal melalui berbagai proses perundangan

Encik Tamim Dahri

Sebuah portal berita terkenal di Malaysia melaporkan pemilik sebidang tanah di Rawang, Selangor,di mana sebuah kuil Hindu dirobohkan minggu lalu, menafikan kritikan bahawa mereka bertindak melulu.

Yayasan Kubra menegaskan bahawa mereka adalah pemilik sah tanah tersebut dan melalui pelbagai proses untuk meminta kuil berkenaan mengosongkan kawasan itu.

“Sejak tahun 2018, yayasan Kubra telah menuruti setiap prosedur perundangan, termasuk rundingan dan mengeluarkan notis pengosongan berkali-kali serta menampalkan notis dan memasang tali penghadang (barricade tape) di tanah yayasan Kubra yang diceroboh tersebut. 

“Tindakan penceroboh yang degil dan terus menduduki tanah milik sah Yayasan Kubra adalah satu pelanggaran secara terang-terangan terhadap kedaulatan undang-undang.

“Yayasan Kubra perlu meluruskan persepsi yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan yang diambil oleh yayasan Kubra kononnya adalah bersifat melulu. 

“Sebagai pemilik tanah yang sah, yayasan Kubra mempunyai tanggungjawab syariat Islam iaitu mencegah dan tidak membenarkan sebarang unsur-unsur syirik berlaku di atas tanah kami; serta tanggungjawab daripada sudut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk menguruskan tanah tersebut daripada pencerobohan yang berterusan,” Malaysiakini memetik pihak yayasan itu sebagai berkata.

Penjelasan itu dibuat melalui kenyataan media pemegang amanah yayasan kebajikan itu hari ini.

Menurut NGO itu, tindakan mereka juga dilakukan selaras dengan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang pada 14 Mac 2022 yang memberitahu bahawa mereka perlu menangani sendiri isu itu kerana kuil berada dalam tanah persendirian.

Sementara itu, Yayasan Kubra juga mengecam sebuah portal berita yang menyiarkan artikel menyifatkan tindakan pada 11 Feb itu sebagai tindakan "mob" (perusuh), dengan mengatakan tuduhan itu tidak berasas dan cubaan untuk memesongkan isu sebenar pencerobohan tanah.

Dilaporkan bahawa polis menangkap aktivis Encik Tamim Dahri dan tiga yang lain minggu lalu selepas merobohkan sebuah kuil di Taman Rawang Perdana.

Polis turut merampas sebuah jengkaut yang didakwa digunakan semasa kejadian itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan