Yang di-Pertuan Agong ada risikan sendiri pantau kegiatan rasuah

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini memberi amaran bahawa tidak akan ada kompromi dengan kegiatan rasuah dan mengingatkan lebih ramai lagi sedang berada dalam ‘radar’ baginda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan Ibrahim bertitah kegiatan rasuah adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan rakyat, justeru ia tidak boleh diterima sama sekali.

Baginda juga mengingatkan usaha membasmi rasuah tidak terhad kepada jabatan tertentu saja, atau hanya melibatkan pemberi dan penerima semata-mata.

Sultan Ibrahim juga memetik beberapa agensi penguatkuasa negara.

“Berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi.

“Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak kira apa jua pangkat anda… Begitu juga ejen-ejen yang menjadi orang tengah selain menjadi pembekal pelbagai peralatan, pakaian serta perubatan… anda juga dalam radar,” titah baginda.

Kenyataan itu hadir ketika pelbagai pihak membangkitkan rasa tidak senang mereka terhadap isu rasuah negara termasuk yang terkini melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Tukar tanpa lengah jika perlu

Semalam sekumpulan pengkritik – termasuk ahli parlimen kerajaan – berhimpun di tengah Kuala Lumpur dalam protes Tangkap Azam Baki 2.0. Peserta turut menyasarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebagai sasaran kritikan.

Azam sebelum ini menafikan dia terlibat dalam sebarang salah laku atau salah guna kuasa, malah berjanji memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang menjalankan siasatan ke atas isu tersebut.

Sultan Ibrahim bertitah pihak yang berkenaan diingatkan agar berhati-hati dan tidak menyangka baginda tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan rasuah.

Titah baginda, usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau sekadar retorik kerana tiada siapa pun boleh terlepas daripada undang-undang.

“Bah kata pepatah siapa makan cili, dia terasa pedas. Jangan anda semua ingat saya tidak tahu apa-apa.

“Saya juga mempunyai risikan saya sendiri,” titah Sultan Ibrahim.

Pada masa sama baginda bertitah, sekiranya terdapat pegawai yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti, maka pertukaran perlu dilaksanakan tanpa berlengah.

“Saya ada alternatif lain.

“Jika ada pegawai yang tidak mampu melaksanakan amanah dengan jujur, berikan peluang kepada mereka yang lebih layak dan bersih untuk menjalankan tanggungjawab itu,” Malaysiakini memetik titah baginda.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan