Tapi jangan sampai siasatan dan kes-kes yang sedang berjalan terbengkalai begitu sahaja
![]() |
| Datuk Seri Rafizi ketika berucap pada Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo hari ini Gambar SINAR HARINA oleh MOHD HALIM ABDUL WAHID |
Bahaya jika negara dikawal kongsi gelap, SPRM diperguna
Memang benar, kita tidak boleh berkompromi dengan pihak-pihak tertentu sama ada dalam kerajaan sendiri atau pihak ahli perniagaan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat untuk kepentingan masing-masing.
Namun, di pihak SPRM pula,pastikan jangan sampai siasatan dan kes-kes yang sedang berjalan terbengkalai begitu sahaja. Akhirnya ramai perasuah akan terlepas.
Mungkin inilah yang dibimbangi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepentingan negara dan rakyat wajib mengatadi segala kepentingan lain termasuk motivasi politik.
Seperti dijangka, hari ini akhbar Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Pandan, wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa pendedahan yang dibuat sebelum ini membayangkan terdapat unsur kongsi gelap yang telah membolosi pentadbiran negara dan mampu mempengaruhi badan penguat kuasa.
Beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang berbahaya tanpa mengira siapa yang menerajui kerajaan.
“Saya tak peduli kerajaan mana, saya tak peduli siapa Perdana Menteri. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah kongsi gelap yang mengawal badan-badan besar, yang boleh mempengaruhi penguat kuasa, masuklah Perdana Menteri macam mana pun, hancur negara ini,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di hadapan Kompleks Sogo di Kuala Lumpur hari ini, Ahad 15 Februari 2026.
Himpunan bermula kira-kira jam 4.30 petang itu dihadiri orang ramai yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.
Turut kelihatan hadir ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Encik Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Encik Zahari Hassan dan Ahli Parlimen Ampang, Puan Rodziah Ismail.
Dalam ucapannya, Rafizi turut merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau menyedari isu berkenaan dan akan menjawabnya dalam siri pertemuan bersama anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara.
Menurut Rafizi, Perdana Menteri menyifatkan tindakan pihak yang mendesak isu berkenaan sebagai ‘merengik’ dan ‘nyek-nyek’.
Bagaimanapun, beliau berkata, desakan berterusan rakyat selama lebih 20 tahun sebelum ini akhirnya membawa perubahan kepimpinan negara.
“Kami dah belajar bahawa hanya dengan rakyat merengik dan nyek-nyek lebih 20 tahun, kamu jadi Perdana Menteri,” ujarnya.
Rafizi berkata, sekiranya Perdana Menteri masih mempertahankan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, rakyat akan mengaitkan perkara itu dengan kepimpinan negara.
Beliau mendakwa desakan yang dibuat adalah atas dasar sayangkan negara dan bagi mengelakkan Perdana Menteri ‘jatuh bersama-sama’ dalam kemarahan rakyat terhadap isu berkenaan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru wakil-wakil parti dalam kerajaan termasuk DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR supaya menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu terbabit.
Rafizi secara khusus menyebut DAP dan mendakwa Perdana Menteri memberi perhatian sekiranya parti itu bersuara.
Beliau mengingatkan agar DAP tidak menangguhkan sebarang isyarat sehingga Jun, sambil mendakwa parti itu juga berdepan risiko dalam pilihan raya akan datang sekiranya isu berkenaan berlarutan.
Himpunan tersebut diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan Azam Baki, dengan kehadiran anggota polis bagi memantau keadaan dan perjalanan himpunan yang terkawal dari mula sehingga ia ditamatkan, kata Sinar Harian.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment