Sepasang kekasih bergaduh — Masih ada cinta?


Dekat di mata, jauh di hati💖

Hadi dan PAS boleh memainkan peranan penting sebagai pendamai

Tampil di Parlimen hari ini sejak pemecatan dan penyingkirannya daripada Bersatu, sebuah portal berita politik yang lantang melaporkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN - Larut) enggan mengulas mengenai persoalan berhubung kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Ditemui wartawan selepas taklimat mengenai dua Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan, bekas timbalan presiden Bersatu itu hanya berkata, “kemudian”, seperti dipetik Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Haji Awang Solahuddin Hashim, yang berjalan bersama Hamzah, bagaimanapun menyahut pertanyaan media dan berkata dia akan jawab soalan itu.

“Saya akan jawab soalan itu. Kami sudah selesaikan di peringkat PN, keputusan lain akan dibuat kemudian.

“Kita tidak boleh membuat keputusan semua perkara pada masa yang sama,” kata Ahli Parlimen PAS itu merujuk kepada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) semalam yang memutuskan pelantikan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN yang baru.

Perbalahan tercetus

Pertikaian mengenai status jawatan ketua pembangkang yang kini disandang Hamzah, tercetus di Dewan Rakyat hari ini.

RSN Rayer dilanda resah, siapa ketua pembangkang sekarang?

Encik RSN Rayer (PH-Jelutong)

Encik RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan perkara itu di bawah Peraturan Mesyuarat 4A(3) dan 4A(4), yang memberi kuasa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan ketua pembangkang sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

"Jika timbul sebarang keraguan atau pertikaian tentang siapa yang sedang atau menjadi ketua pembangkang pada bila-bila masa, perkara itu hendaklah diputuskan oleh Speaker, dan keputusan yang diperakui secara bertulis di bawah tandatangannya adalah muktamad dan konklusif," katanya memetik peraturan tersebut.

Rayer menarik perhatian bahawa krisis dalaman Bersatu semakin meruncing selepas Hamzah dan beberapa ahli parlimen lain dilaporkan dipecat daripada parti.

Beliau turut merujuk kepada pengisytiharan Hamzah yang menyifatkan dirinya sebagai "musuh nombor satu" kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah kekal duduk di sebelah Muhyiddin

Rayer kemudian mempersoalkan sama ada pejabat Speaker atau Timbalan Speaker telah menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung perkara itu.

Datuk Ramli Mohd Nor

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata Pejabat Speaker masih di sebelah kerusi belum menerima sebarang arahan atau dokumen rasmi berkaitan perkara tersebut.

Justeru, kedudukan Hamzah di Dewan Rakyat masih kekal iaitu bersebelahan kerusi “musuh nombor satu"nya. Namun Ahli Parlimen Pagoh itu tidak menghadiri sidang hari ini.

Dalam perkembangan itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berpendapat dia bersama 17 lagi bekas wakil rakyat Bersatu berharap Hamzah akan kekal dengan posisinya itu.

Bagaimanapun katanya ia bergantung kepada keputusan PN dan meletakkan keyakinan kepada Ahmad Samsuri.

“Saya rasa yang sepatutnya membuat keputusan siapa yang patut jadi ketua pembangkang di parlimen ialah Ahli-ahli Parlimen.

“Kita tengoklah keputusan PN macam mana, macam mana pengerusi PN yang baru ini akan buat keputusan yang terbaik insya-Allah,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Harap PAS kekalkan Hamzah

Datuk Wan Saiful Wan Jan

Wan Saiful yang turut dipecat Bersatu berkata, dia yakin pencalonan ketua pembangkang akan datang daripada PAS.

“Tetapi PAS nak calonkan siapa terpulang kepada PAS. Kalau berdasarkan rekodnya sebelum ini yang mencalonkan Datuk Seri Hamzah pun daripada PAS, bukan Bersatu.

“Saya secara peribadi harap beliau kekal sebagai ketua pembangkang, jadi kita tengoklah bagaimana, dalam masa terdekat kita patut tahu.

“Saya rasa keputusan kena buat cepat supaya tidak ada sebarang keraguan, tidak timbul sebarang persoalan, jadi saya harap dalam minggu ini boleh diselesaikan terutamanya dalam sidang ini,” tambah Wan Saiful.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan