Rafizi dengan formula rahsia bakal keluar PKR, pertahan Parlimen Pandan menjelang PRU16

Sebuah portal berita lantang di Malaysia berkata Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur, Datuk Seri Rafizi Ramli, dilaporkan berkata beliau akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi berkemungkinan besar bukan sebagai ahli PKR.

Bagaimanapun, ahli politik kelahiran Besut, Terengganu itu merahsiakan bagaimana cara dia akan bertanding di kerusi itu.

"Saya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. Saya tetap akan bertanding di Pandan, itu sudah saya putuskan… Bagaimana cara saya bertanding di Pandan, saya rasa itu rahsia," Malaysiakini memetik pakar formula itu sebagai berkata sambil tertawa dalam satu temu bual bersama Sin Chew Daily.

Rafizi menjangkakan pertandingan sengit di kerusi berkenaan namun menegaskan matlamatnya adalah untuk mengekalkan politik progresif berbilang kaum serta melakukan perubahan politik, dan bukan menang semata-mata.

Rafizi semakin berpatah arang daripada PKR selepas tewas kepada Puan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu tahun lalu.

Beliau kemudiannya menjadi pengkritik tegar terhadap presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara dengan Sin Chew itu, Rafizi menegaskan bahawa PKR bukan lagi 'rumah' baginya kerana parti itu berubah selepas Anwar menjadi perdana menteri. Katanya Anwar mahu PKR mengikut kehendaknya tetapi pada masa sama sibuk mendapatkan sokongan daripada UMNO dan GPS untuk memastikan dia terus kekal berkuasa.

Rafizi berkata faktor utama yang menghalangnya meninggalkan PKR sekarang ialah undang-undang antilompat parti, yang akan menyebabkan pengundinya kehilangan wakil rakyat jika dia keluar parti.

Parlimen telah melepasi tarikh akhir untuk mengadakan sebarang pilihan raya kecil pada Disember tahun lalu.

Skrip tak sesuai, maca mana nak sertai parti lain

Dalam pada itu Rafizi berkata tiada mana-mana parti di negara ini yang boleh menerima ahli politik bebas dan tegas sepertinya.

Malah secara berseloroh dia mengatakan bahawa mana-mana parti pun mungkin "takut" menerima dia dan rakan-rakannya yang lain.

Rafizi juga menolak kemungkinan menubuhkan parti bersama bekas Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana kedua-duanya mempunyai gaya dan matlamat berbeza.

"Kalau letakkan kami dalam bilik yang sama, kami akan bergaduh pasal ke mana nak pergi," kata bekas Menteri Ekonomi itu.

Rafizi berkata Khairy ialah tokoh yang percaya perubahan boleh dibuat melalui kerajaan, manakala dirinya pula yakin boleh memberi impak walaupun sebagai aktivis atau ahli pembangkang.

Penyokong Rafizi dalam PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang, Puan Rodziah Ismail, Encik Wong Chen (Subang), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Encik Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S Kesavan (Sungai Siput), Encik Tan Kar Hing (Gopeng) dan Encik Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Menteri Encik Chang Lih Kang dan Encik Akmal Nasir juga rapat dengan Rafizi, begitu juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdapat spekulasi bahawa PKR bakal mengambil tindakan disiplin terhadap Rafizi berhubung kritikannya terhadap Anwar.

Rafizi turut mendakwa kerajaan menggunakan SPRM untuk menakut-nakutinya.

Pada masa ini, bekas menteri ekonomi itu sedang disiasat dalam dua kes berasingan. Kes pertama melibatkan perjanjian kerajaan dengan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings, di mana dia didakwa mempercepatkan persetujuan yang didakwa menelan kos RM1.1 bilion.

Tuduhan kedua berkaitan projek tenaga solar berskala besar oleh UEM Lestra, di mana dia didakwa mengarahkan kontrak bernilai RM2.5 bilion kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan