Rafizi Ceria Dalam Gundah?

𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑-𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑 π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗔𝗬𝗔:

π—•π—¨π—žπ—§π—œ π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” 𝗧𝗔𝗑 𝗦π—₯π—œ 𝗔𝗭𝗔𝗠 π—•π—”π—žπ—œ π—ͺ𝗔𝗝𝗔π—₯ π——π—œπ—šπ—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔

Sejak beberapa hari yang lalu, dengan tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menyiasat tuduhan kononnya ada salah laku dan rasuah terhadap saya semasa di Kementerian Ekonomi dahulu.

Tuduhan-tuduhan itu berkisar kepada dua dasar utama kerajaan:

(1) Program Visi Silikon (seperti dihuraikan di https://siliconvision.ekonomi.gov.my/) yang melibatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Malaysia dan ARM untuk mencipta cip-cip semikonduktor pertama negara; dan

(2) Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan sasaran peralihan tenaga negara menjelang 2050 dan melibatkan pelaburan besar ke dalam industri hijau negara.

Kedua-dua dasar utama kerajaan ini dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah melalui pelbagai proses kelulusan peringkat kerajaan (dari jawatankuasa kerja, ke majlis-majlis kabinet hingga keputusan Jemaah Menteri).

Laporan-laporan terhadap saya mengenai kedua-dua dasar negara ini dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan yang anti Perdana Menteri sendiri, iaitu PERKASA dan PPIM, atau individu perseorangan yang tidak dikenali.

NETR dilancarkan dalam Ogos 2023. Visi Silikon dengan ARM dilancarkan dalam Mac 2025.

Sejak kedua-dua dasar ini dilancarkan dan dijalankan, tidak ada satu laporan atau kontroversi yang ditimbulkan. Malah, pimpinan kerajaan terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kedua-dua dasar ini sebagai bukti perancangan ekonomi di bawah pentadbirannya. NGO dan individu yang membuat laporan SPRM juga tidak pernah menunjukkan minat atau ambil tahu mengenainya.

Sehinggalah minggu lepas, apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan-dakwaan penyelewengan di SPRM.

Modus operandi ini bukanlah baru.

Dalam tahun 2022, dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki didedahkan buat pertama kali. Beliau memberi alasan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh orang lain, yang menimbulkan pula tuduhan melanggar peraturan pasaran saham yang perlu disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Tidak lama selepas dakwaan itu, secara tiba-tiba SPRM menyerbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas alasan ada dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai kanan SC.

Oleh itu, saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan Dato’ Seri Najib Razak (iaitu RM1.1 bilion melibatkan kerjasama ARM dan RM2.5 bilion untuk projek tenaga boleh baru) adalah satu bentuk intimidasi.

Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.

Ia berasaskan perkara-perkara berikut:

π—©π—œπ—¦π—œ π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—žπ—’π—‘: π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗔π—₯𝗠

Rundingan dengan ARM melalui pelbagai peringkat iaitu:

(i) rundingan awal di antara pasukan Kementerian Ekonomi dan ARM;

(ii) rundingan peringkat jawatankuasa rentas kementerian (melibatkan tiga menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI) dengan ARM. Rundingan dengan ARM ini turut disertai oleh Tengku Zafrul Aziz, Menteri MITI ketika itu dan Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II selain dari pegawai-pegawai kanan;

(iii) rundingan di antara Perdana Menteri sendiri dengan CEO ARM, Renee Hass dan pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San (pemilik Softbank); dan

(iv) dibentangkan di Jemaah Menteri sebanyak tiga kali (mengikut ingatan saya) dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Kementerian Ekonomi bukan kementerian pelaksana. Ia kementerian yang merancang dan tidak ada kuasa untuk mengendalikan perolehan atau kontrak sebegini.

Oleh itu, kerjasama dengan ARM ini sebenarnya adalah di bawah MITI dan ditandatangani oleh MIDA, sebuah agensi di bawah MITI.

Sebarang pembayaran diproses oleh MIDA dan ditapis/diluluskan oleh MOF.

Draf perjanjian telah disemak terlebih dahulu dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Tuduhan bahawa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan terburu-buru adalah tidak masuk akal kerana Jemaah Menteri itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh sama ada Perdana Menteri lalai dalam menjalankan tugas atau tidak faham mengenai industri semikonduktor sehingga boleh diperdaya oleh saya.

Malah, tuduhan itu seolah-olah mengatakan semua menteri yang terbabit (Tengku Zafrul dan Amir Hamzah), pegawai-pegawai kanan kerajaan, Peguam Negara dan keseluruhan Jemaah Menteri telah diperdaya oleh saya.

Lebih penting lagi, sehingga kini tidak ada satu bukti pun ditunjukkan bahawa ada berlaku kebocoran dana awam dalam tuduhan ini. Tidak ada bukti saya mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan.

Paling berbahaya, tuduhan ini menggambarkan bahawa ARM, iaitu salah satu syarikat cip semikonduktor yang menguasa lebih 90% pasaran cip peranti dunia telah merasuah saya tanpa ada sebarang bukti.

Apabila berita ini mula dilaporkan di peringkat antarabangsa, imej Malaysia dan industri semikonduktor negara akan mendapat liputan negatif yang akan menjejaskan negara.

π—‘π—˜π—§π—₯: 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—§π—˜π—‘π—”π—šπ—” π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› 𝗕𝗔π—₯𝗨 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—˜π—  π—Ÿπ—˜π—¦π—§π—₯𝗔

Kementerian Ekonomi membangunkan dasar, iaitu Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).

NETR tidak melibatkan dana awam untuk membina projek-projek. Ia bukan melibatkan perolehan dan Kementerian Ekonomi tidak mengendalikan perolehan, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Salah satu dasar penting di bawah NETR ialah membenarkan pihak swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ini mempercepatkan pelaburan di dalam projek-projek berskala besar.

Hasil dari dasar ini, syarikat-syarikat besar mula melabur untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu berskala besar.

Salah satunya ialah UEM Lestra, anak syarikat UEM yang dimiliki Khazanah.

Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan keputusan Kementerian Ekonomi mahu pun keputusan kerajaan, apatah lagi sebarang bentuk perolehan kerajaan.

Maklumat yang diumumkan oleh UEM Lestra melalui kenyataan media yang dilaporkan The Edge (https://theedgemalaysia.com/node/741401) menyatakan:

(i) UEM Lestra akan melabur RM2.5 bilion untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti puncak 750 MW di Segamat;

(ii) Projek itu diusahakan oleh sebuah syarikat usaha sama di antara UEM Lestra dan I-Squared Capital, sebuah firma USA yang melabur di dalam projek infrastruktur sedunia;

(iii) UEM Lestra telah berjaya memuktamadkan jualan tenaga boleh baharu itu dengan ESR Group Limited, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong.

Sejak bila seorang menteri yang bertanggungjawab membangunkan dasar dituduh menyeleweng atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi.

Apa-apa keputusan komersial yang dibuat oleh UEM Lestra, atau mana-mana syarikat swasta yang membangunkan projek tenaga boleh baharu selepas NETR dilancarkan, adalah keputusan swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan; apatah lagi ia bukan perolehan awam.

Saya sedia maklum ada serangan terancang yang menggunakan pempengaruh untuk melontarkan tuduhan salah laku terhadap saya seperti di atas.

Salah satunya ialah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh seorang yang bernama Ariz bin Ramli (No KP: 86XXXX-XX-XX75) di bawah nama Caprice. Beliau membuat kandungan yang menuduh saya menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu kepada sebuah syarikat yang dikatakan saya berkepentingan, yang cuba memberi gambaran saya mengambil rasuah.

Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersial syarikat swasta.

Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam dalam minggu ini, terutamanya di dalam podcast YBM pada hari Jumaat, 20 Februari 2026.

Selepas fakta-fakta ini dibentangkan, saya memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan beliau; seterusnya meminta maaf kepada saya kerana memfitnah.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau.

Serangan-serangan terhadap saya, terutamanya dengan tindakan SPRM yang secara tiba-tiba mahu menyiasat dasar-dasar kerajaan yang tidak ada unsur perolehan atau motif kewangan kepada saya, menunjukkan betapa bahayanya apabila seorang yang dituduh seperti Tan Sri Azam Baki meneruskan tugas dan memegang kuasa semasa beliau sedang disiasat.

Keadaan ini membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan beliau, seperti mana siasatan-siasatan terhadap SC (2021) dan saya (2026) yang kebetulan berlaku apabila integriti beliau dipersoalkan.

Sebab itu, tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Tan Sri Azam Baki serta-merta, seperti yang sepatutnya dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari minggu lepas lagi.


Dimuat naik dari hantaran di media sosial bertarikh 17 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘢𝘒𝘳π˜ͺ 2026, oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri  π—₯π—”π—™π—œπ—­π—œ π—₯π—”π— π—Ÿπ—œ, yang merupakan Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur.

Nota: Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kenyataan media ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1QgpUKt4odeHrR4R3jUJmkfSQqKrc_Rmf?usp=sharing

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Dimuat naik oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan