Pernah dengar rumah asal Sudirman akan jadi ala Pustaka P Ramlee, kemudian senyap terus


S  U  D  I  R  M  A  N


BIODATA

Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak ke tujuh daripada sembilan orang adik beradik. Kedua ibubapa beliau adalah tokoh politik yang tidak asing lagi di bandar tersebut. Bapanya Allahyarham Haji Arshad bin Haji Hassan, seorang ahli perniagaan dan juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Temerloh sementara ibunya aldah wanita pertama yang menjadi wakil rakyat Pahang iaitu Allahyarhamah Puan Ramlah binti Dahlan.

Sudirman mendapat pendidikan awal di SK Temerloh pada tahun 1961 dan pelajaran menengah di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan sehingga tamat tingkatan enam. 

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1976 dan meraih ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian (L.L.B. (Hons)) pada tahun 1980 dan diiktiraf sebagai peguam (called to the Bar) pada tahun 1984.

Sejak kecil beliau gemar membaca Al-Quran, berpidato, menyanyi, menari, bersajak, bersyair, melukis dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia seni. 

Bakat dan minat seni tersebut telah mendorong beliau menyertai pelbagai pertandingan di antaranya, syarahan, menulis esei, nyanyian, syair dan sebagainya. 

Pada tahun 1976, beliau menjuarai Bintang RTM dan sejak itu nama beliau terus menyerlah dan diberi peluang merakamkan suara ke piring hitam dengan album pertamanya bertajuk  Teriring Doa, diikuti Aku Penghiburmu pada tahun 1978.


(Sumber: Nor Lelinza Abd. Rasid. (2006). Sejarah Hidup Sudirman. (Unpublished academic exercise). University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.)

Selepas lebih tiga dekad pemergiannya, ramai peminat sanggup berkunjung ke Kampung Tok Embun di Temerloh, Pahang, untuk melihat rumah penyanyi tersohor negara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Malangnya, mereka hampa kerana dimaklumkan penduduk setempat, rumah terbabit sudah roboh dan sekitar tapak kediaman itu dipenuhi semak.

Tinjauan mendapati hanya ada beberapa pelapik tiang dan sisa tangga batu di tapak kediaman itu selain laluan ke rumah berkenaan dipenuhi semak.

Penduduk kampung terbabit, Cik Mira Edora Ahmad Naser, 35, berkata ramai pelancong luar sering datang ke kawasan itu untuk melawat rumah penyanyi berkenaan.

Menurutnya, pelancong kerap singgah di rumah beliau terletak kira-kira 300 meter dari kediaman Sudirman untuk bertanya lokasi rumah penyanyi berkenaan.

"Saya hanya tunjuk arah rumah Sudirman dan maklum kediaman itu sudah roboh serta tiada penghuni.

"Ramai dalam kalangan mereka kecewa kerana rumah kelahiran penyanyi tersohor itu terbiar dan tidak dibaik pulih.

"Saya sebagai anak jati Temerloh bangga kerana Allahyarham adalah orang di sini tetapi pada masa sama sedih sebab kawasan rumah penyanyi terkenal itu terbiar dan roboh," katanya.

Seorang lagi penduduk, Encik Mohd Nur Arif Bahrin, 33, berkata beliau sedih dengan keadaan rumah penyanyi terkenal yang pernah mengharumkan nama negara itu.

Katanya, disebabkan rumah berkenaan hanya tinggal tapak dan dipenuhi tumbuhan liar ramai penduduk setempat sendiri tidak menyedari kewujudan kediaman itu.

"Walaupun saya duduk di sini tapi saya sendiri sebenarnya tak tahu mana satu rumah Sudirman.

"Cuma saya difahamkan rumah penyanyi itu berada di Kampung Tok Embun dan generasi selepas ini pasti akan melupai asal usul Allahyarham," katanya.

Bagi Encik Mohd Amirul Hafiz Rahman, 33, kediaman penyanyi itu terbiar amat dikesali dan pihak bertanggungjawab sepatutnya membaik pulih kediaman berkenaan dengan boleh menjadikan ia galeri untuk dikunjungi pelancong.

Katanya, bukan mudah untuk anak kampung seperti Sudirman mengukir nama di persada antarabangsa dan kejayaan itu wajar dihargai.

"Pihak bertanggungjawab sepatutnya baik pulih rumah itu dan kumpul semua rekod kejayaan Allahyarham dan pamerkan untuk tatapan masyarakat khususnya generasi akan datang.

"Kejayaan beliau boleh menjadi motivasi masyarakat khususnya anak muda tetapi sedih pihak yang berkenaan tidak fikir ke arah itu," katanya.

Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 dan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di usia 37 tahun, serta disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cengal, di Temerloh, Pahang.


Adaptasi dari berita asal terbitan Harian Metro siaran semalam, Ahad 22 Februari 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan