Perletakan jawatan Mas Ermieyati tekanan terbaharu terhadap Muhyiddin dan Azmin
![]() |
| Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin Gambar tangkap layar video terbitan Berita Harian hari ini, Khamis, 19 Februari 2026. |
Turut meletakkan jawatan adalah barisan ahli jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah.
Bekas Setiausaha Bersatu Masjid Tanah, Encik Shahrul Azhar Amir berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri ahli jawatankuasa, ketua sayap serta ketua cawangan di bawah bahagian tersebut.
"Sesi mesyuarat khas ini merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah yang tindakan ini dilakukan kerana kehilangan kepercayaan kami kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.
"Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi," Malaysiakini memetik Shahrul Azhar sebagai berkata dalam hantaran Facebook hari ini.
Ketika dihubungi oleh portal berita berkenaan, Mas Ermieyati mengesahkan peletakan jawatannya.
Shahrul Azhar juga berkata, selain barisan kepimpinan utama dan sayap bahagian, turut meletakkan jawatan adalah 11 ahli jawatankuasa bahagian, setiausaha sayap serta 10 ketua cawangan.
Mas Ermieyati juga merupakan ketua Srikandi Bersatu.
Kemelut dalaman Bersatu mencapai kemuncak dengan pemecatan Hamzah selaku timbalan presiden dan 16 lagi pemimpin parti.
Susulan itu, barisan kepimpinan melibatkan sejumlah bahagian Bersatu mengumumkan peletakan jawatan mereka, dan seterusnya pembubaran bahagian.
Terdahulu, sebelas ketua bahagian Bersatu di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka, melibatkan Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Seri Gading, Ledang dan Pulai.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menjelaskan perlembagaan parti itu tidak memberi kuasa kepada mana-mana ahli parti, termasuk ketua bahagian, untuk membubarkan bahagian.
Sebelum ini, Mas Ermieyati telah menyatakan secara terbuka mengenai sokongannya kepada Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dipecat dari parti yang penuh dengan kontroversi itu.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment