Peguam perundangan sukan tak setuju Sultan Pahang jadi presiden FAM

Sebarang isu atau kontroversi yang timbul berpotensi memberi implikasi negatif terhadap institusi diraja

Pembabitan kerabat diraja dalam peranan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sememangnya membawa cabaran tersendiri termasuk pendedahan kepada kritikan awam serta pandangan pelbagai pemegang taruh.

Seperti dilapor akhbar Berita Harian hari ini, peguam undang-undang sukan, Encik Zhafri Aminurashid berpandangan dalam konteks ini, sebarang isu atau kontroversi yang timbul berpotensi memberi implikasi negatif terhadap institusi diraja memandangkan prestasi pasukan kebangsaan sering dijadikan ukuran utama terhadap keberkesanan badan induk bola sepak negara.

Justeru, Zhafri menegaskan adalah lebih wajar untuk memelihara kesucian dan martabat institusi diraja daripada sebarang kecaman atau kritikan yang tidak perlu.

"Oleh yang demikian, jawatan-jawatan utama seperti Presiden FAM adalah lebih sesuai disandang oleh individu awam bagi memastikan institusi diraja kekal dihormati dan tidak terheret ke dalam polemik pentadbiran sukan.

"Cadangan agar kepimpinan lama kembali menerajui FAM perlu dinilai dengan mengambil kira perubahan besar dalam landskap bola sepak global.

"Bola sepak hari ini menuntut pemahaman mendalam terhadap sistem pelesenan, pembangunan akar umbi berasaskan kelab, serta perancangan jangka panjang yang berteraskan prestasi dan tadbir urus moden.

"Pengalaman dan gelaran semata-mata tidak lagi mencukupi kerana kepimpinan yang benar-benar memahami realiti semasa bola sepak profesional dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan adalah lebih relevan daripada nostalgia masa lalu," kata Zhafri.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah paling layak untuk mengemudi FAM dalam usaha menyelamatkan badan induk bola sepak negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pengalaman luas dimiliki baginda dalam bola sepak sebelum ini mampu memulihkan semula imej sukan dan badan berkenaan.

Sebelum itu, jurulatih bertaraf antarabangsa dari Malaysia, Encik Lim Teong Kim juga mencadangkan Sultan Pahang kembali menjadi pemimpin nombor satu badan induk bolasepak negara yang kontroversi itu.

Dalam perkembangan sama, Zhafri mengakui walaupun pengalaman dan sumbangan Al-Sultan Abdullah sebelum ini tidak boleh dinafikan namun realiti bola sepak Malaysia kini menuntut nafas baharu.

"Cadangan itu wajar dilihat secara holistik dan berlandaskan rekod sebenar, bukan semata-mata pengalaman lampau atau jawatan yang pernah disandang.

"Jika benar mahu 'total reset' seperti yang disuarakan oleh ramai penyokong, sewajarnya keutamaan diberikan kepada muka-muka baharu yang mampu membawa visi moden, mengukuhkan sistem kelab profesional, serta memastikan pembangunan pemain dan liga tempatan berjalan seiring dengan standard antarabangsa.

"Ini bukan menafikan jasa baginda sebelum ini tetapi menegaskan bahawa bola sepak Malaysia perlu melangkah ke hadapan demi masa depan yang lebih kompetitif," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

It happens everywhere—Not only in our country